awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
Kerajaan peruntuk RM350 juta naik taraf JRTB di Perak - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 langkah menggunakan YouTube Broadcast Box

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
02/08/2016
07:38 MYT
6 langkah menggunakan YouTube Broadcast Box
YouTube Broadcast Box dilengkapi dengan sebuah studio mudah alih yang lengkap dengan kamera, skrin hijau, dan peralatan suntingan video untuk menghasilkan sebuah video YouTube.
YouTube Malaysia dengan kerjasama Maxis dan Sunway University pada Isnin telah melancarkan YouTube Broadcast Box.
Ia sebuah studio mudah alih yang lengkap dengan kamera, skrin hijau, dan peralatan suntingan video untuk menghasilkan sebuah video YouTube.
Bagi mereka yang mahu menjadi seorang 'YouTuber' dan menggunakan platform pameran bergerak tersebut, berikut ialah cara untuk menggunakannya:
1) Daftar diri di kaunter Anda akan disapa oleh petugas yang peramah, dan anda perlu mengisi butiran seperti nama dan e-mel. Anda kemudiannya akan diberikan satu kad memori untuk proses penggambaran dan penyuntingan video.
2) Tunggu giliran menggunakan YouTube Broadcast Box Apabila anda sudah berada di dalam pameran bergerak tersebut, berikan kad memori tadi kepada jurukamera. Anda juga diberi pilihan untuk memilih latar belakang video seperti bandar Kuala Lumpur dan Gunung Kinabalu.
3) Pilih prop untuk video anda Pelbagai kelengkapan di set penggambaran disediakan. Anda boleh mencuba kesemuanya untuk rakaman video.
4) Rakam dengan penuh keyakinan Selepas memilih kelengkapan yang diingini, anda boleh mulakan penggambaran video anda.
5) Beri kad memori untuk proses penyuntingan Anda perlu menunggu beberapa minit untuk proses penyuntingan. Dalam proses ini, anda akan dibantu untuk menggunakan perisian suntingan untuk memperbaik dan menambah efek.
6) Muat naik video Gunakan akaun YouTube anda untuk memuat naik video dengan menggunakan kata kunci #YTBBoxMY.
Apa itu YouTube Broadcast Box?
Perkhidmatan YouTube Broadcast Box disediakan di Sunway University bermula 1 hingga 5 Ogos, 10 pagi hingga 6 petang.
Ketika berkunjung ke Sunway University juga, jangan lupa untuk mengambil bahagian dalam kempen Merdeka 'Rojak360' daripada Maxis.
Anda hanya perlu menceritakan kisah Malaysia dalam pelbagai, dengan menggunakan teknologi VR atau kamera 360 darjah.
Selamat mencuba!
Topic Berkaitan
#apa itu youtube broadcast box
#YouTube
#YouTube Broadcast box
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan