Penyelam skuba dari seluruh negara berkumpul di Pulau Tioman, Pahang baru-baru ini untuk meraikan sambutan Kemerdekaan ke-56 Malaysia.

Acara yang bermula dari 23 hingga 25 Ogos itu disertai oleh 55 penyelam skuba yang tertumpu di Kampung Genting di Tioman.

Program dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Pahang dengan kerjasama Resort Damai Tioman dan Pusat Island Message Dive.

A

Penyelam skuba yang menyertai pakej ‘Voluntourism’ bukan sahaja dibayar untuk menikmati keindahan pemandangan bawah laut malah mereka turut mengambil bahagian dalam kerja-kerja sukarela seperti pembersihan laut.

Turut hadir ialah ahli muzik Joe dan Black dari kumpulan legenda Wings yang merupakan sukarelawan yang aktif dalam kerja-kerja pemuliharaan marin di sekitar perairan Malaysia.

Sepanjang acara itu, peserta juga mengedarkan bendera Jalur Gemilang kepada penduduk kampung sempena Hari Merdeka.

Disamping itu, turut diadakan acara pembersihan landak laut (Crown of Thorns) yang dianjurkan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia , Pahang.

A

Haiwan ini akan dipungut sebelum dimusnahkankan. Ini kerana spesis ini biasanya akan hinggap di batu karang dan sekiranya dibiarkan hidup boleh memudaratkan terumbu karang yang sihat.

Selain itu peserta turut bergotong-royong menangkap tikus di sekitar air terjun Turuti, tempat pelancongan popular di pulau itu.

Pengarah Pelancongan dan kebudayaan Pahang, Haji Idros Yahya menyatakan bahawa dia gembira dengan tahap penyertaan daripada penyelam skuba dan kerjasama yang ditunjukkan antara pelbagai agensi.

A

Walaupun sesetengah penyelam mengalami masalah berikutan keadaan air laut dalam yang kadangkala menghalang penglihatan, ini tidak melemahkan semangat patriotik penyelam.

Beliau turut berkata, acara seumpama ini seharusnya diteruskan di sekitar negeri itu untuk menarik lebih ramai pelancong ke sana.

A