[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
LIFESTYLE

Ahmad Maslan perkenalkan Nasi Goreng Ngap pula!

Firdaus Alauddin 06/01/2019 | 02:23 MYT
Ahmad menunjukkan gambar menu baharu masakannya iaitu Nasi Goreng " Ngap" di laman Twitter miliknya - Foto Twitter Ahmad Maslan
Jika sebelum ini nasi goreng petai menjadi menu penutup 2018 bagi bekas Timbalan Menteri, Datuk Seri Ahmad Maslan, kini beliau muncul pula dengan menu baharu iaitu Nasi Goreng Ngap.
Berkongsi gambar di akaun Twitter miliknya, Ahmad menyifatkan terdapat perubahan dalam menunya iaitu sekiranya sebelum ini menggunakan ungkapan 'ngam', kini ungkapan 'ngap' pula.
“Selalu “NGAM” Kali ini “NGAP” Nasi Goreng Ahmad Maslan NGAM, Nasi Goreng Agak Pedas.
“Cili merah ini Tanam sendiri di kawasan kediaman. Agak pedas.
“Nasi, bawang, daun bawang, cendawan, cebisan ayam, lada hijau, garam, minyak sawit dan telur goreng, cili merah,’’ tulisnya di posting itu yang mencuit hati pengguna laman sosial.
Ahli Parlimen Pontian itu kemudiannya menyatakan tahun 2019 perlu pedas.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tak lama, komen netizen mula mencurah.
Ada yang menyatakan pemimpin Umno tersebut sebagai pakar bagi menu nasi goreng dan tidak pernah mengecewakan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA : Ahmad Maslan jangan lompat ke PH, kata Nurul Izzah
BACA : Ahmad Maslan muncul dengan resepi nasi goreng petai pula
#Ahmad Maslan #Barisan Nasional #laman sosial #minyak #Nurul Izzah #Nurul Izzah Anwar #Parlimen #pembangkang #Permatang Pauh #Twitter #UMNO