Air Nabeez, resepi popular untuk bersahur

Madiha Abdullah
Jun 10, 2016 15:00 MYT
Air Nabeez tiba-tiba menjadi sebutan Ramadan tahun ini. -Foto/Facebook Friends of BN
SELAIN perkongsian tips kesihatan dan kecergasan untuk umat Islam di bulan Ramadan, turut mendapat perhatian di laman sosial adalah pelbagai resepi, terutamanya untuk bersahur.
Ini kerana kebanyakan daripada kita lebih selesa untuk mengambil juadah yang ringkas, tetapi dalam masa yang sama mengenyangkan dan memberi tenaga.
Antara yang popular tahun ini adalah Air Nabeez, yang menurut beberapa sumber merupakan antara amalan pemakanan Nabi Muhammad SAW.
Biarpun bukan resepi baharu, namun mungkin kerana tidak ramai yang mengetahui kebaikannya membuatkan Air Nabeez tiba-tiba menjadi sebutan pada Ramadan tahun ini.
Cara untuk menyediakannya juga amat mudah, iaitu dengan merendamkan tiga biji kurma di dalam air putih semalaman.
Ada juga yang memilih mencampurkan air rendaman kurma itu ke dalam minuman seperti susu dan coklat.

Nak try juga buat air nabeez ni and rasa dia cam air tebu pun ada pic.twitter.com/FkP3KlxQj5

— K (@KamaliaKamal44) June 6, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

First day try air nabeez. Sedap, tapi rasa kurma x brp. Esok nk tmbh bilangan laa. /p>— nurul aiman (@monsquare) June 6, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Air nabeez a.k.a air rendaman kurma....sunnah nabi guyz...rendam smalaman...minum time sahur...inshaallah esok nye x rase penat pon.. /p>— Feizal (@rafeezalroszlee) June 6, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jum buat Air Nabeez. 1. Ambil buah kurma dlm bilangan ganjil 2. Buang bijinya dan carik2kan kurma 3. Rendam dlm air masak dlm bks brttup

— Seroja. (@najihahslm) June 6, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Air nabeez. Bubur nasi. Sahurrrr pic.twitter.com/P652un6wQb

— ج(@aasmizaa) June 6, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Air nabeez sgt berkesan....

— IRONMAN (@DEANYEMIN) June 7, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bukan sahaja mudah, Air Nabeez juga berkhasiat, malah lebih menarik, ia boleh mengelakkan perut anda mengeluarkan 'bunyi-bunyian' sepanjang hari berpuasa.
Kurma, secara semulajadinya, adalah pemulih tenaga yang sangat baik, tinggi kandungan serat, zat besi dan potasium.
Selain kurma, Air Nabeez juga boleh dibuat dengan merendam kismis, juga melalui proses yang sama.
#air Nabeez #amalan pemakanan Nabi #Ramadan #sajian sahur #tips kesihatan dan kecergasan