Alaha Majid atasi sakit hendak bersalin dengan bersolek tebal

Madiha Abdullah
Mac 20, 2016 03:00 MYT
Bersolek membantu Alaha untuk tidak memikirkan kesakitan yang dialaminya.- Foto/Instagram Alaha Majid
TIDAK boleh dinafikan setiap wanita punya cara tersendiri untuk menenangkan diri dan meredakan kesakitan sewaktu hendak melahirkan anak.
Namun apa yang dilakukan wanita di New York ini boleh dikatakan agak pelik, kerana dia memilih untuk mengenakan mekap yang tebal di saat hendak bersalin.
Alaha Majid, seorang jurusolek profesional, membawa bersama beberapa beg alat solek bersamanya ke hospital sewaktu hendak melahirkan anak perempuannya, Sofia, pada 15 Februari yang lalu.
Antara kelengkapan solekan yang dibawanya adalah bulu mata palsu, gincu bibir dan palet pembayang mata 35 warna.
Menurut beberapa kapsyen Alaha di akaun Instagram, dia mengenakan solekan ketika mengalami kontraksi dan ia membantunya untuk tidak memikirkan kesakitan itu.
Lebih menarik, suami Alaha turut membantunya mengenakan solekan ke wajah Alaha apabila isterinya itu tidak mampu berbuat demikian kerana menahan kesakitan.
Hasilnya, Alaha dilihat berada dalam keadaan cantik apabila Sofia selamat dilahirkan.
#Alaha Majid #bersalin #jurusolek #kehamilan #kontraksi #solekan