IPOH: "Pak Jabit, nak mee kari...kuah laksa", dialog watak Yah Kuchai dalam filem Kampung Pisang Bersiri arahan Allahyarham Mohamad Mohd Khalid atau Mamat Khalid, mungkin masih diingati oleh peminat filem negara ini.
Keenakan Mee Kari Kuah Laksa yang sebelum ini hanya wujud dalam filem itu, kini boleh dirasai di Ah Mat Cafe, kafe yang diusahakan Nor Sara Mohamad, 32, anak kedua Allahyarham Mamat Khalid.
Nor Sara berkata idea untuk memasukkan menu Mee Kari Kuah Laksa itu tercetus, apabila dia mahu peminat turut merasai menu dicetuskan arwah bapa dalam skrip filem itu.
"Ada cerita di sebalik menu Mee Kari Kuah Laksa ini, papa kata ia makanan biasa yang di 'pesan' di kantin ketika zaman 70an dahulu, zaman dulu ketika di kantin, papa kata anak-anak sekolah akan pesan mee kuning yang biasa di makan dengan kuah kari, tapi kuahnya diganti dengan kuah asam laksa," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedainya di Jalan Che Tak di sini.
Nor Sara berkata kafe yang diusahakan sejak Jun lalu itu juga, merupakan antara idea arwah bapanya yang pada mulanya mahu membuka cawangan kedua kafe 'Sarang Art Hub' seperti di Tanjung Malim.
Beliau berkata perkara itu bagi memudahkan pengunjung yang berada di Ipoh, dapat merasai suasana seperti di kafe di Tanjung Malim.
"Selepas papa meninggal saya teruskan idea ini, namun masih secara kecil-kecilan kerana kekangan tenaga pekerja," katanya yang turut menjual menu istimewa seperti lempeng kelapa, lontong darat dan nasi lemak ayam rendang di kafe tersebut.
Nor Sara berkata kafe yang diusahakan bersama suaminya Amirul Ariff Abdul Wahab, 35, itu mengambil nama sempena nama anak sulung mereka Mohamad Ehsan Khalid Amirul Ariff, yang berusia setahun setengah.
Bercerita mengenai menu Mee Kari Kuah Laksa di kafenya, menu yang dijual dengan harga RM8.50 semangkuk itu, mengekalkan resepi ibunya yang gemar memasak laksa iaitu antara makanan kegemaran arwah bapanya.
Menu tersebut ialah mee kuning yang dicurah kuah asam laksa utara, beserta hirisan nenas, bebola ikan, telur rebus, salad dan perahan limau.
Dekorasi di kafe tersebut pula berkonsep vintaj dan dihiasi dengan poster-poster filem lama termasuk filem-filem arahan Mamat Khalid, gambar serta barang-barang tinggalan Allahyarham.
Pengunjung juga akan ditemani dengan lagu-lagu Melayu nostalgia dari zaman 70an sehingga 90an yang menggamit kenangan.
Menyentuh perancangan masa depan, Nor Sara berkata dia mahu memperkembangkan perniagaan tersebut termasuk memanjangkan waktu operasinya.
"Buat masa ini kafe beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap Selasa hingga Ahad, jika cukup tenaga kerja dan modal, mungkin boleh lanjutkan operasi sehingga malam menjual lebih banyak menu menarik," katanya yang menjalankan operasi kafe tersebut bersama empat pekerja. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Anak kedua Allahyarham Mamat Khalid, Nor Sara Mohamad, 32, menunjukkan hidangan Mee Kari Kuah Laksa ketika ditemui Bernama di Ah Mat Cafe baru-baru ini. - Foto BERNAMA
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Anak Mamat Khalid realisasikan menu mee kari kuah laksa di Ah Mat Cafe
Keenakan Mee Kari Kuah Laksa yang sebelum ini hanya wujud dalam filem itu, kini boleh dirasai di Ah Mat Cafe, kafe yang diusahakan Nor Sara Mohamad.