SETIAP insan di muka bumi ini pasti pernah merasai cinta, namun tidak semua perhubungan itu berakhir dengan kebahagiaan ataupun ke jinjang pelamin.

Ada yang terpaksa memutuskan hubungan meskipun perasaan sayang itu masih wujud terhadap pasangan yang dicintai.

Bagi anda yang berdepan dengan situasi ini, ketahuilah bahawa perasaan sakit akibat putus cinta ini tidak akan kekal lama.

Walaupun perasaan putus cinta ini diibaratkan sebagai luka yang dalam, namun ia dapat diiubati dengan masa, penjagaan diri sendiri dan melihatnya dari sudut positif.

Menurut pakar perhubungan, Ammada Major seperti yang dipetik portal The Independent, ini empat cara untuk anda meneruskan kehidupan atau ‘move on’:

Beri sedikit masa untuk meratapi kesedihan

Bagi sesetengah orang, hubungan percintaan yang terpaksa diputuskan diibaratkan seperti hilang nyawa kerana rutin harian mungkin berlainan berbanding rutin dengan bekas kekasih.

Anda seelok-eloknya mengambil sedikit masa untuk meratapi kesedihan dengan apa yang terjadi.

Cara ini akan memberi peluang untuk anda mengkaji semula apa yang baik dan buruk dalam sesuatu hubungan itu.

Namun, adalah penting bagi seseorang itu untuk menerima kenyataan dan pelajari apa yang silap seterusnya perbaikinya dalam hubungan yang akan datang.

Cara ini akan memberi peluang untuk anda kaji semula apa yang baik dan buruk dalam sesuatu hubungan. -Gambar hiasan

Cari semula pendirian anda

Secara amnya, dalam setiap hubungan, terma ‘bersama’ pasti digunakan dan bukan ‘saya’ atau ‘awak’.

Namun selepas berakhirnya hubungan itu, ini adalah peluang anda untuk mencari semula diri anda dan lakukan apa yang anda suka.

Ia termasuklah mencari dan melakukan hobi baru, berjumpa dan berkumpul besama rakan-rakan.

Ia termasuklah mencari dan melakukan hobi baru, berjumpa dan berkumpul bersama rakan-rakan. -Gambar hiasan

Curi masa untuk lakukan sesuatu yang anda gemari seperti berkumpul dengan ahli keluarga dan pergi bercuti.

Dengan cara-cara ini anda dapat menumpukan perhatian kepada diri anda sendiri dan tidak tergesa-gesa untuk menjalinkan hubungan seterusnya.

Jangan malu untuk minta tolong

Hanya kerana anda terpaksa berdepan dengan situasi sedih ini, ia tidak bermakna anda tidak disayangi atau anda tidak dihargai. Daripada asyik menyalahkan diri sendiri, fokus kepada perkara yang dapat menaikkan semangat anda.

Contohnya, jika anda rasa perbuatan 'block' bekas kekasih anda di paltform media sosial adalah satu perkara yang dapat mengurangkan rasa sedih anda, itu yang patut anda lakukan.

Dalam pada itu, pastikan anda juga dapatkan pertolongan dari rakan-rakan dan ahli keluarga untuk meluahkan perasaan anda.

Pastikan anda juga dapatkan pertolongan dari rakan-rakan dan ahli keluarga untuk meluahkan perasaan anda. -Gambar hiasan

Atau, jika ada mempunyai barang kepunyaan si dia yang perlu dipulangkan, minta pertolongan dari mereka agar anda tidak perlu berjumpa dengan si dia.

Ini kerana, pertolongan ini dapat meringankan beban anda daripada menanggung perasaan sedih itu.

Masa dapat memulihkan keadaan

Anda mungkin tidak sedar bahawa kesedihan yang anda rasai akan berkurangan dari semasa ke semasa.

Kesedihan yang anda rasai pada mulanya tidak sama dengan apa yang anda rasa sebulan atau setahun akan datang.

Jadi berikan masa untuk keadaan berubah dan anda dapat lupakan apa yang telah terjadi.

Tetapi, jika kesedihan itu tidak juga berkurangan, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara itu kepada pakar.

Ini kerana, kemurungan yang anda hadapi mungkin akan membawa keburukan buat diri sendiri.