Anda berani atau tidak untuk cuba burger tarantula ini?

Agensi
April 14, 2018 12:47 MYT
Restoran Bull City Burger and Brewery di Durham, North Carolina memperkenalkan menu terbaharu mereka iaitu Burger Tarantula bersempena dengan Bulan Daging Eksotik. - Foto: Twitter/@BullCityBurger
BAGI penggemar burger, menu burger eksotik ini mungkin dapat menarik minat golongan yang suka mencabar diri, atau mungkin membuatkan anda hilang selera terhadap burger.
Restoran Bull City Burger and Brewery di Durham, North Carolina, Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan menu terbaharu mereka iaitu ‘Burger Tarantula’ bersempena dengan ‘Bulan Daging Eksotik’.
Restoran tersebut turut menjadikan ia sebagai satu cabaran buat pelanggan mereka dan jika mereka berjaya untuk menghabiskan ‘burger tarantula’, mereka akan dihadiahkan sehelai t-shirt sebagai tanda pengiktirafan.

Martha did it yesterday, Randall did it today, and now it's David D's turn to give it a shot! David D. ticket # 907656 give us a call and claim your tarantula burger. pic.twitter.com/rZh5cvTHKB

— Bull City Burger (@BullCityBurger) April 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi yang berminat untuk makan burger tarantula ini, dengan bayaran bernilai AS$30 (RM116.40) anda akan dapat merasa burger dengan daging Carolina bermutu tinggi bersama keju Gruyère, sos cili dan seekor tarantula yang dipanggang.
Sebagai rekod setakat hari ini, hanya empat orang yang berjaya untuk menghabiskan burger ini seperti yang dilaporkan oleh portal Huffington Post.
Bukan hanya tarantula sebagai menu baharu, daging aligator, ular sawa, kerbau liar, kura-kura dan serangga turut diperkenalkan sempena bulan festival itu.
Sementara itu, restoran ini turut mempromosikan burger eksotik mereka melalui platform media sosial dan ia telah mengundang pelbagai reaksi.

Ew super gross.

— christina catherine (@christinacath18) April 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

What does that even taste like??? I can't possibly imagine? Gold star for creativity /p>— Jeane Powers (@JeaneWPowers) April 6, 2018

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I can never do this

— danielh646 (@danielh646) April 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

... I mean it looks unappealing but I kinda want to know what it tastes like.

— Lynn Theory (@ImLynnTheory) April 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bulan Daging Eksotik #burger eksotik #burger tarantula #Restoran Bull City Burger and Brewery #Utara Carolina