LIFESTYLE
Apakah 10 topik yang di"Google" rakyat Malaysia pada September?
Senarai top 10 pencarian di Google didahului dengan misteri kehilangan Kevin Morais.
Seperti sebelum ini, Google kekal menjadi enjin pencarian terulung bagi maklumat, berita dan hiburan. Untuk bulan September, inilah 10 topik yang mencatatkan carian paling tinggi dalam Google Malaysia.
1) Kevin Morais/Anthony Kevin Morais
Misteri kehilangan DPP Anthony Kevin Morais menjadi tumpuan rakyat Malaysia.
2) API Malaysia/IPU
Jerebu teruk yang melanda menjadikan bacaan IPU sebagai carian penting.
3) Bukan Isteri Sempurna
Drama lakonan Dazrin Kamarudin dan Atikah Suhaimie menerima sambutan baik penonton.
4) Google Logo History
Ramai tertarik untuk mengetahui sejarah penciptaan logo Google.
5) Perhimpunan Baju Merah
Perhimpunan ini menjadi fokus masyarakat terutama pada 16 September lalu
6) EG Tukar
Guru-guru mula mencari kekosongan tempat untuk menukar lokasi sekolah mereka mengajar.
7) Polis EVO
Filem aksi komedi ini mencatatkan kutipan sebanyak RM8 juta dalam tempoh 11 hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.
8) Niat Puasa Arafah
Rakyat Malaysia tidak ketinggalan mengambil peluang untuk menambah pahala dengan berpuasa pada hari Arafah.
9) BR1M 2015
BRIM tetap jadi tumpuan rakyat Malaysia.
10) iOS 9
Sistem operasi terbaharu Apple yang sentiasa mendapat perhatian.