Apple bakal lancar iPhone 12 minggu depan?

Agensi
September 9, 2020 10:55 MYT
Apple tidak membuat sebarang pengesahan mengenai tujuan acara yang bakal berlangsung itu diadakan. - REUTERS/Stephen Lam/File Photo
APPLE telah mengumumkan bakal mengadakan satu acara minggu depan, sekali gus menimbulkan spekulasi iPhone 12 bakal dilancarkan.
Acara tersebut akan disiarkan melalu laman web rasminya pada 15 September. Tahun ini sedikit berbeza kerana pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Bagaimanapun, Apple tidak membuat sebarang pengesahan mengenai tujuan acara yang bakal berlangsung itu diadakan.
Pemerhati menjangkakan iPhone 12 yang bakal dilancarkan itu akan mempunyai kemampuan 5G dan bakal menjadi iPhone pertama boleh disambung ke rangkaian wayarles ultra yang baharu.
Ia juga dijangka dikeluarkan dalam tiga saiz paparan berbeza, yang merupakan penambahbaikan paling ketara sejak iPhone 6.
Namun begitu terdapat juga khabar angin bahawa Apple akan mengadakan satu acara pelancaran khas untuk memperkenalkan siri iPhone terbaharu Oktober depan, dan acara minggu depan hanya membabitkan Apple Watch atau iPad.
#Apple #COVID-19 #iPhone #iphone 12 #koronavirus #pandemik