SETAHUN lalu, gelagat seekor kucing yang tekun mendengar butir bicara pensyarah dirakam di satu sesi pengajaran dan pembelajaran di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.
Biarpun pada mulanya si comel itu dilihat seolah-olah bersemangat untuk mendengar kuliah, namun ia akhirnya tertidur di atas meja.
Gambar-gambar itu dimuat naik ke akaun Twitter oleh seorang pelajar, dan ia tiba-tiba menjadi tular sehingga mendapat liputan portal gaya hidup terbesar di dunia, Buzzfeed.
Berkesempatan bertemu si comel itu baru-baru ini, tidak boleh dinafikan kucing yang diberi nama Labun ini sangat bertuah.
Berstatus kucing jalanan, kebajikan Labun kini dijaga dengan cukup baik oleh kesemua 'ibu-ibu'nya.
Labun bukan sahaja dijaga empat orang pensyarah, malah turut mendapat kerjasama para pelajar dan petugas pembersihan di bangunan fakulti Kuliyyah of ICT yang sudah menjadi kediaman Labun selama lima tahun.
"Empat orang mommy inilah yang akan bergilir-gilir membelikan makanan untuk Labun.
"Para pelajar juga ramai yang tidak lokek memberikannya makan dan permainan, malah mereka juga rajin melayan Labun bermain," kata Prof Dr Norsaremah Salleh, salah seorang penjaga Labun.
Bercerita lanjut tentang kehadiran Labun ke fakulti itu, Prof Norsaremah memberitahu Labun ditemui berkeliaran di sekitar kawasan berkenaan kira-kira lima tahun lalu.
"Masa tu Labun masih seekor kitten dan sangat manja. Mungkin dibuang ke sini, sebab tak pernah pula terserempak dengan ibunya.
"Kasihan melihat keadaannya, saya ambil keputusan untuk menjaganya. Tapi saya tidak berseorangan kerana turut dibantu rakan-rakan pensyarah yang lain," ceritanya.
Prof Norsaremah bersyukur kerana hasrat mereka untuk memberikan kehidupan terbaik kepada Labun dipermudahkan apabila mendapat sokongan dan bantuan daripada anggota fakulti yang lain, termasuklah Dekan.
Menariknya, Labun juga memiliki kad matrik sendiri yang dipakaikan sebagai tanda pengenalan haiwan peliharaan fakulti tersebut.
"Pekerja pembersihan juga banyak membantu. Contoh pada hari cuti umum, mereka akan membantu tengok-tengokkan Labun kerana kampus akan lengang pada waktu itu," ujarnya.
Prof Norsaremah juga melihat kehadiran Labun bukan sekadar satu bentuk hiburan tetapi juga sebagai satu cara memupuk rasa sayang dan simpati para pelajar terhadap haiwan.
"Melalui Labun, pelajar akan lebih menghargai haiwan dan dapat belajar nilai-nilai murni serta kasih sayang," katanya.
Madiha Abdullah
Sat Oct 21 2017
![Asal kucing jalanan, kini Labun miliki kad matrik dan ikuti kuliah di UIA Asal kucing jalanan, kini Labun miliki kad matrik dan ikuti kuliah di UIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/41508564352_Kucing.jpg)
Gelagat Labun yang menjadi kesayangan mahasiswa UIA ini pernah tular sehingga mendapat liputan portal Buzzfeed.
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
![Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen' Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716168670_tbOrangeCatsGather.jpg)
Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.
![Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature' Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716075517_TBMax.jpg)
Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature'
Vermont State University Castleton Campus mengumumkan anugerah khas kepada kucing digelar Max itu kerana kemesraan luar biasa.
![Romlee ‘buat muka’ dalam TikTok, raih perhatian netizen Romlee ‘buat muka’ dalam TikTok, raih perhatian netizen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715300226_kucing.jpg)
Romlee ‘buat muka’ dalam TikTok, raih perhatian netizen
Romlee dipilih sebagai pasangan dalam kandungan video kerana ia sangat unik seperti pandai membuat muka kelakar dan secara automatik.
![Disangka hilang, rupanya 'terpos' ke Amazon Disangka hilang, rupanya 'terpos' ke Amazon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977026_cat.jpg)
Disangka hilang, rupanya 'terpos' ke Amazon
Galena yang masuk ke dalam kotak yang ingin dipos ke Amazon tanpa disedari keluarganya, ditemui sihat namun dalam keadaan keliru.
![Sedondon berbaju raya dengan Bengkok, Aboi Sedondon berbaju raya dengan Bengkok, Aboi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712739609_tbsedondon.jpg)
Sedondon berbaju raya dengan Bengkok, Aboi
Trend berpakaian sedondon bukan sahaja terhad dalam kalangan ahli keluarga tetapi binatang peliharaan turut dipakaikan baju raya yang sama warna dan tema.
![Raya bersama 'si bulus', prihatin keperluan elak panik Raya bersama 'si bulus', prihatin keperluan elak panik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712497496_bajurayakucingai.jpg)
Raya bersama 'si bulus', prihatin keperluan elak panik
Aspek persiapan kucing juga harus menitikberatkan kepada keadaan kucing selepas kembali pulang ke rumah, pasca hari raya.
![Menjelang Aidilfitri, 'hotel kucing' tidak menang tangan terima tempahan Menjelang Aidilfitri, 'hotel kucing' tidak menang tangan terima tempahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712497537_cathotelbalikkam.jpg)
Menjelang Aidilfitri, 'hotel kucing' tidak menang tangan terima tempahan
Paling mencabar nak pujuk kucing-kucing yang sudah biasa dan tak boleh berenggang dengan 'mak' atau 'ayah'nya, kata pengusaha hotel kucing.
![Pekerja syarikat pembersihan selamatkan kucing diikat di dalam guni Pekerja syarikat pembersihan selamatkan kucing diikat di dalam guni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707520242_PekanKualaNerang.jpg)
Pekerja syarikat pembersihan selamatkan kucing diikat di dalam guni
Kejadian itu dianggap sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana haiwan itu masih hidup dimasuk dan diikat di dalam guni.
![Banjir: Tiga kali sehari redah banjir demi kucing Banjir: Tiga kali sehari redah banjir demi kucing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701682871_TBbanjirkucingj.jpg)
Banjir: Tiga kali sehari redah banjir demi kucing
Banjir yang melanda Kampung Padang Licin di sini memaksa penduduk yang pelihara kucing menempatkan si bulus kesayangan di kawasan selamat.
![Kucing bercakap seperti manusia tular di TikTok Kucing bercakap seperti manusia tular di TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699581548_TBKucingbercakap.jpg)
Kucing bercakap seperti manusia tular di TikTok
Dalam video tersebut, Duchy dilihat memanggil nama pemiliknya untuk meminta makanan.