PENGGEMAR Asam Laksa Pulau Pinang, angkat tangan!

Saluran berita antarabangsa CNN baru-baru ini menyenaraikan hidangan yang cukup popular di Malaysia itu di tangga ketujuh dalam senarai 50 makanan terbaik dunia.

Tempat pertama diungguli kari Massaman dari Thailand, manakala tempat kedua dan ketiga diisi masakan dari dua negara Eropah dan Amerika Selatan, pizza Neopolitan (Itali) dan coklat (Mexico).

Selain Malaysia dan Thailand, masakan dari Jepun dan China turut disenarai, iaitu sushi dan Peking Duck, masing-masing di tangga keempat dan kelima.

CNN menggambarkan asam laksa sebagai "hidangan yang akan membuat hidung anda berair sebelum sudu menyentuh bibir anda".