LEBIH 500 tahun yang lalu, penjajah tertumpu di Melaka yang cukup terkenal di seluruh dunia.
Meninggalkan banyak kesan penjajahan serta menjadi tumpuan penduduk di seluruh dunia, Melaka banyak menyimpan sejarah dan budaya yang kini masih lagi diamalkan sejak turun temurun.
Ini termasuklah penyediaan makanan, namun resepinya diadun dengan ramuan tempatan dan mengikut selera masyarakat.
Asimilasi terhadap budaya tempatan menjadi kunci utama adunan masakan masyarakat Portugis dan Peranakan di Melaka menjadi unik.
Mana tidaknya, sejak turun temurun, resepi yang dibawa dari negara asal, diubah bagi memastikan makanan itu boleh diterima oleh masyarakat setempat serta mudah untuk dapatkan bekalan bahan.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai masakan Portugis di negara ini.
Jelas Pakar Masakan Portugis, Chef Benildus De Silva, terdapat perubahan resepi dibuat dengan mengadaptasi budaya setempat serta bekalan ramuan di negara ini.
"Pada masa dahulu, orang Portugis datang ke Melaka, majoritinya adalah lelaki, jadi mereka berkenalan dan bina keluarga dengan wanita tempatan. Maka lahirlah gabungan resepi masakan meliputi rasa masam, pedas dan manis.
"Kita masih kekalkan resepi ini dari nenek moyang kita," kata Chef Benildus ketika ditemubual Astro AWANI.
Pengalaman selama 22 tahun dalam bidang kulinari membuatkan beliau bersemangat untuk memperkenalkan masakan tradisi nenek moyangnya kepada umum.
Bagi masakan Portugis, mereka kurang menggunakan santan, namun penggunaan serai, cili, bawang, halia serta buah kerang kerap digunakan.
Asimilasi pada masakan, namun proses penyediaan rempah ratus masih sama seperti dahulu kala.
"Kalau sekarang sekarang orang boleh beli rempah dan adunan dan terus gunakannya, pendekatan saya masih sama seperti dahulu. Jintan manis, jintan putih kita beli yang asli kemudian jemur dan mesinkan sampai halus," katanya.
Antara masakan yang popular dalam masyarakat Portugis termasuk kari Dabel dan kari kering yang mengalami proses asimilasi adunannya.
Satu lagi jenis makanan yang berasimilasi dengan selera tempatan adalah masakan masyarakat Peranakan.
Jelas pengusaha sebuah restoran peranakan, Jennifer Tan, resepi diwarisi sejak nenek moyangnya dari masyarakat Baba dan Nyonya menyaksikan terdapat perubahan resipi dengan mengambil selera Masyarakat Melayu, Portugis dan Cina.
"Orang dari Tanah Besar China dahulu datang ke Melaka dan mereka berkahwin dengan orang tempatan. Itu sebab kita campur adukkan makanan orang Cina dan Melayu.
"Sebagai contoh kita masak asam laksa, Melaka dekat dengan Indonesia dan pengaruh Portugis, jadi kita masak masakan berunsur lemak dan berempah," kata Jenifer.
Jelasnya masakan Peranakan ini dengan Melayu mempunyai banyak persamaan dan resepi ini sudah digunakan sejak turun temurun.
"Masakan Peranakan Pulau Pinang ada lebih rasa masam kerana mengambil kira faktor berdekatan dengan Thailand, bagi masakan Peranakan Melaka ada unsur lemak kerana mengambil kira faktor dekat dengan Indonesia," katanya.
Kesemua masakan inilah yang menjadikan Malaysia kaya dengan budaya dan tradisinya yang harus kita pelihara.
Ini merupakan aset kepada penyatuan kita sebagai rakyat Malaysia, 'penyatuan melalui makanan' dan ia juga sebagai satu produk pelancongan untuk kita promosikan kepada masyarakat luar.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Hafizi Rosli
Sun Nov 22 2020
Laksa Lemak merupakan makanan tradisi Peranakan dan Kari Dabel pula merupakan makanan tradisi Portugis.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.
Melaka tarik semula gelaran 'Datuk' CEO GISB
Melaka menarik semula penganugerahan Pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk diberikan kepada Pengerusi GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali.
Pembinaan terminal kapal pesiar beri tempias ekonomi kepada Melaka - Anthony
Pembinaan terminal kapal pesiar di Pulau Melaka, Banda Hilir bakal memberi tempias besar dari sudut ekonomi menerusi aktiviti pelancongan kepada Melaka.
Melaka terima 11.25 juta pengunjung hingga September - Ab Rauf
Melaka menerima kira-kira 11.25 juta pengunjung dari Januari hingga September lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Bapa 4 anak mengaku salah guna dokumen palsu dapatkan gelaran Datuk
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tiga pertuduhan menggunakan surat kelulusan palsu bagi mendapatkan darjah kebesaran negeri.
Projek pusingan U di Melaka kurangkan kesesakan trafik hingga 50 peratus
Ia dilihat bakal memberikan impak besar terhadap sistem jalan raya lebih lancar dan penyuraian trafik yang efisien.
Bekas wartawan direman kes rasuah ‘jual’ gelaran Datuk Seri di Melaka
Seorang bekas wartawan direman disyaki meminta dan menerima suapan daripada seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan Darjah Kebesaran Negeri Melaka.
Muzium Hang Tuah guna teknologi AI papar kisah Hang Tuah
Muzium Hang Tuah yang terletak di Hang Tuah Centre, Duyong mencipta sejarah sebagai muzium pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Zon Bebas Kenderaan alternatif, bebaskan bandar daripada kenderaan bermotor
Ia bukan sahaja sebagai kaedah mengurangkan kesesakan lalu lintas, tetapi juga komitmen terhadap kelestarian dan kesejahteraan rakyat.