GAYA HIDUP
Astro perkukuh komitmen kelestarian, sasar sifar bersih 2050
Tai bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta barisan selebriti. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Astro menegaskan komitmennya untuk mengintegrasikan prinsip kelestarian dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) ke dalam semua platform dan penawaran, selaras aspirasi mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, berkata usaha itu merangkumi pelbagai inisiatif hijau termasuk penggunaan tenaga solar, teknologi produksi maya serta penghasilan produk mesra alam yang menyokong ekonomi kitaran.
Pada masa sama, aspek sosial turut diperkukuh dengan tawaran lebih inklusif kepada pelanggan.
“Aspirasi kami untuk mencapai sifar bersih seawal 2050 mendorong usaha berterusan mengurangkan karbon melalui tenaga solar, produksi maya dan penggunaan barangan (equipment) mesra alam.
"Aspek kelestarian sosial juga menjadi keutamaan dengan pakej eksklusif untuk penjawat awam, selain memastikan akses kandungan lebih inklusif,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Putrajaya Parks Day 2025 di Taman Botani, pada Sabtu.
Acara itu dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Beliau menambah, Astro turut berusaha kekal relevan dalam landskap media yang kian kompetitif dengan memahami kehendak penonton tempatan yang menuntut kemudahan, fleksibiliti dan kandungan bermakna.
“Kami di Astro sentiasa menyesuaikan diri dengan perubahan, termasuk penstriman melalui aplikasi Astro GO dan platform OTT Sooka. Pengguna kini boleh menonton kandungan secara on demand, tanpa terikat kepada jadual siaran TV. Pakej yang ditawarkan juga merangkumi hiburan di TV dan aplikasi dengan harga sesuai untuk masa kini,” jelasnya.
Menurut Tai lagi, penawaran Astro kini dipermudah melalui Astro One, yang hanya menampilkan tiga pakej utama mudah difahami dan disesuaikan.
Astro turut memperkenalkan Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam, yang boleh didaftar melalui laman web https://promotions.astro.com.my/details/penjawatawam atau WhatsApp di nombor 03-95433838.
Beliau menegaskan langkah ini bukan sekadar strategi perniagaan, tetapi sebahagian daripada gerakan lebih besar untuk menjadikan hiburan lebih bermakna, inklusif dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.
Ringkasan AI
- Astro komited capai sifar bersih menjelang 2050, melalui inisiatif hijau seperti penggunaan tenaga solar, teknologi produksi maya dan produk mesra alam.
- Aspek sosial diperkukuh dengan tawaran inklusif, termasuk pakej eksklusif untuk penjawat awam dan akses kandungan lebih fleksibel melalui Astro GO, Sooka dan Astro One.
- Langkah ini selaras dengan strategi perniagaan mampan, menjadikan hiburan lebih bermakna, inklusif dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.