Awas! 'Night Terrors', Pokemon GO versi seram bakal buat anda kecut perut

Mariah Ahmad
Ogos 22, 2016 09:41 MYT
Untuk meningkatkan lagi rasa seram ketika bermain 'Night Terrors', permainan ini juga akan menghantar pesanan teks yang menakutkan di telefon pintar pengguna. - Sumber foto laman rasmi Novum Analytics
PERMAINAN realiti saduran (augmented reality), Night Terrors kini sedang dibangunkan dan ia bakal menguji keberanian pemain berdepan dengan 'hantu.'
Permainan ini menggunakan teknologi yang sama seperti Pokemon GO, namun bukan Pikachu yang menunggu anda untuk menangkapnya dengan Pokeball, tetapi 'hantu' yang menanti di sebalik pintu rumah anda (hanya di paparan skrin telefon pintar.)
Menurut laman rasmi pembangun, Novum Analytics, Night Terrors merupakan satu permainan yang dilengkapi dengan ciri-ciri foto realistik, binaural yang membolehkan pemain menjadi sebahagian daripada jalan cerita permainan.
Tonton trailer permainan ini untuk melihat bagaimana permainan ini berfungsi.
AMARAN: TRAILER NIGHT TERRORS INI TIDAK BERSESUAIAN UNTUK PENONTON YANG LEMAH SEMANGAT
Pemain perlu bermain pada waktu malam dengan lampu ditutup selain memakai fon kepala.
Untuk meningkatkan lagi rasa seram ketika bermain Night Terrors, permainan ini juga akan menghantar pesanan teks yang menakutkan di telefon pintar pengguna.
Ketika menghubungi Novum Analytics baru-baru ini, Astro AWANI difahamkan permainan ini juga akan dilancarkan pada 31 Oktober depan di seluruh dunia.
#Augmented Reality #night terrors #permainan #realiti saduran