Awasi ketagihan permainan video, boleh mendorong keganasan

Asyraf Roslan
Disember 15, 2018 09:30 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia meletakkan Gaming Disorder sebagai satu isu yang kritikal. - Astro AWANI
Permainan video dan e-sukan boleh dilihat sebagai satu aktiviti yang mampu mengisi masa lapang. Ia juga amat sesuai untuk setiap lapisan umur.
Namun begitu, ketagihan terhadap aktiviti ini, baik dalam kalangan kanak-kanak mahu pun golongan dewasa, merupakan satu isu yang sangat kritikal.
Perunding Kesihatan Mental Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Aiman Amri, berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memandang serius isu yang dinamakan 'gaming disorder' ini, yang dilihat dalam kategori ketagihan yang lain.
Menurut Aiman, kehidupan sosial mereka yang taksub bermain permainan video ini amat merisaukan kerana mereka kurang bergaul dengan dunia luar.
"Jika kita melihat dari segi orang yang bermain permainan video, antara yang merisaukan kita ialah, apabila melihat bagaimana kehidupan mereka (pemain) di luar.
"Ada kajian yang menunjukkan, antara ciri-ciri pemain video ini ialah kecenderungan melakukan tingkah laku ganas, kekurangan empati, desensitisasi dengan tindakan ganas dan kurang perasaan untuk membantu orang lain,” katanya.
Selain itu, katanya, terdapat kajian yang menunjukkan sesiapa yang bermain permaianan Grand Theft Auto (GTA) dakwanya, mempunyai kecenderungan untuk memiliki sifat keganasan.
"Mereka akan melihat sesuatu keganasan sebagai perkara biasa kerana dari permainan tersebut ia mengajar pemain untuk menentang komuniti," kata Aiman.

Study Finds Exposure To Violent Children Causes Increased Aggression In Video Game Characters https://t.co/U264Qb6eus pic.twitter.com/zleLkB1pXP

— The Onion (@TheOnion) December 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA : Kalah permainan video, remaja nekad penggal kepala dengan gergaji
Aiman akan menyampaikan hujahnya dalam program Debat Awani di saluran 501 Astro AWANI mengulas tajuk 'E-sukan: Kebaikan dan keburukan - Adakah ia perlu diberi kebebasan atau dikawal selia?' yang akan bersiaran jam 5.30 petang Ahad ini.
#Esukan #gaming disorder #kesihatan #ketagihan #mental #permainan video #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #WHO