SEORANG pereka fesyen menjadi topik perbualan hangat di kalangan penggemar fesyen di negara ini gara-gara rekaan baju Melayu luar biasanya, namun beliau menafikan apa yang ditampilkan di pentas peragaan adalah rekaan sebenar.

Sebaliknya, Anuar Faizal melancarkan koleksi pakaian lelaki sempena Hari Raya 2016 menjelaskan, model terbabit diminta memperagakan seluar tanpa baju adalah untuk memperlihatkan ciri istimewa pada pakaian berkenaan.

Apa yang dimaksudkan Anuar adalah rekaan seluar dan samping yang dilengkapi poket dan getah di bahagian belakang.





By @aniqphotography "Fashion Show by @anuarfaizalofficial : 23.04.2016 | Victoria Institution KL" via @PhotoRepost_app #ANUARFAIZAL

A photo posted by ANUAR FAIZAL of ADESIGNHOUSE (@anuarfaizalofficial) on


Memetik beberapa laporan dari Harian Metro dan Sinar Harian, Anuar berkata dia masih berfikiran waras terutamanya dalam pilihan rekaannya dan tidak akan mereka busana yang tidak lengkap untuk dipakai pada sambutan hari raya.

"Rekaan yang dijual adalah lengkap dengan baju, seluar dan samping," kata Anuar seperti dipetik dalam Harian Metro.

Selepas rekaannya diperagakan dalam sebuah pertunjukan fesyen di ibu negara baru-baru ini Anuar menerima kritikan hebat terutamanya dari pengguna media sosial.

Ramai yang mempersoalkan rekaannya selepas beberapa keping gambar koleksi tersebut dimuat naik ke akaun Instagram miliknya, memperlihatkan model hanya memperagakan baju Melayu dan ada yang hanya mengenakan seluar dan samping.

Rekaan itu dianggap ramai sebagai tidak sopan dan tidak menghormati bulan Syawal.