Bakat Kamek: Platform anak Sarawak tonjol bakat

Astro Awani
Disember 19, 2019 09:54 MYT
Program realiti pertama ini akan menjadi medan taruhan bakat seni Sarawak dan diharap mampu jadi platform untuk mereka terus berkarya di masa akan datang.
Wujudkan peluang ketengah bakat dan sediakan platform untuk terus berkarya.
Itu matlamat utama penganjuran program realiti pertama Sarawak, Bakat Kamek selain menjayakan inspirasi membolehkan anak muda menjadikan industri kreatif sebagai kerjaya pilihan.
Bakat Kamek pentas akhir akan diadakan pada Jumaat di bangunan Dewan Undangan Negeri Lama menyaksikan penglibatan 20 peserta berentap bagi menyandang gelaran juara.
Dua kategori utama dipertandingankan iaitu komedi dan nyanyian.
Bukan sekadar janjikan hiburan, malah pentas akhir esok akan menjadi taruhan peserta untuk beraksi dengan tema berkaitan negeri Bumi Kenyalang.
Menurut Dekan Bakat Kamek, Mohamad Shah Riadzi atau Ir Radzi penyertaan yang diterima sangat menggalakkan dan penganjur akan pastikan bakat peserta akan terus digilap bagi memastikan mereka terus mampu berkarya.
“Daripada sesi audition malah video yang diterima juga sangat banyak, lebih daripada seribu video dari seluruh Sarawak diterima pihak kami.
“Impak daripada penganjuran ini sangat besar dan pastinya pihak kami akan gunakan bakat ini sebaik-baiknya dan mengetengahkan ia sehingga mampu dikomersialkan,” katanya ketika ditemui wakil Astro AWANI.
Pentas akhir turut akan dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
#AWANI Sarawak #Bakat Kamek #Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg #Ir Radzi #komedi #Nyanyian