KOTA BHARU: Balai Seni Negara berjaya mencipta inovasi baharu apabila menghasilkan patung wayang kulit menggunakan bahan kitar semula iaitu plastik.
Ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Prof Madya Dr Lim Swee Tin berkata inovasi berkenaan adalah antara usaha bagi memupuk idea kreatif selain melestarikan alam sekitar.
"Perkara ini direalisasikan apabila generasi muda mampu melukis dan membentuk patung wayang kulit di atas bahan buangan sebagai alternatif lain terhadap penggunaan kulit lembu dan kambing.
"Inisiatif yang dilakukan ini bukanlah untuk mengubah seni warisan budaya asal, cuma kami mengangkat kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar dengan menggunakan bahan terbuang sebagai medium untuk menjadikannya sebagai sesuatu yang bernilai dan bermanfaat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bengkel membuat patung wayang kulit plastik anjuran Balai Seni Negara dengan kerjasama Persatuan Wayang Kulit Sri Cindayu di Min House Camp, Kubang Kerian, di sini semalam.
Turut hadir, Pengerusi Persatuan Wayang Kulit Sri Cindayu Kang Boon Ann dan 33 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang.
Mengulas lanjut, Swee Tin berkata inovasi itu akan ditingkatkan lagi pada masa hadapan, selepas percubaan awal menunjukkan kejayaan dan berjaya menarik minat generasi pelapis.
"Tidak mustahil Balai Seni Negara mengorak langkah yang lebih jauh supaya kegiatan melukis patung wayang kulit ini pada bahan lain dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa sehingga kita mencapai kejayaan yang besar.
"Apa yang diusahakan adalah satu idea segar dan baharu yang dapat membuka mata bahawa bahan buangan itu sekiranya diupayakan dengan cara yang betul, akan membawa manfaat dalam segala bidang," katanya.
Swee Tin berkata kemahiran dan potensi baharu membuat patung wayang kulit daripada plastik juga boleh dikomersialkan dan dipelbagaikan menerusi kerja halus bukan sahaja untuk persembahan tetapi untuk hiasan serta cenderamata dalam menjana kewangan menerusi inovasi baharu.
"Kesenian tersebut juga harus sentiasa dilestarikan supaya masyarakat subur dengan aspirasi baharu sebagaimana yang disarankan dalam Dasar Kebudayaan Negara 2021," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 21 2021
Generasi muda mampu melukis dan membentuk patung wayang kulit di atas bahan buangan sebagai alternatif lain terhadap penggunaan kulit lembu dan kambing. - Facebook Balai Seni Negara
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
AWANI Ringkas: Taktik baharu scammer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [20/04/2024] - Noktahkan kemiskinan Sabah | Belum tahu jumlah peruntukan pembangkang | Freedom Flotilla to Gaza | Thailand terima 10.72 juta pelancong asing
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan
Hari ini bermula Kursus Haji Perdana secara berperingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
1.39 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Thailand terima ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi Malaysia jalani latihan anti keganasan
Latihan ini bagi mempersiapkan peserta dalam mendepani segala kenungkinan dan provokasi yang mungkin berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza berlangsung.
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
PRU15: Calon Warisan bawa wayang kulit hiburkan penduduk Kangar
Orang ramai bukan sahaja terhibur dengan persembahan wayang kulit malah ia turut memberi peluang kepadanya untuk beramah mesra dengan penduduk.
Riuh x JAKM: Alunan muzik Dhol, persembahan Silat Jawi, wayang kulit tarik perhatian pengunjung
Pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan itu teruja dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang seni Silat Jawi.
Balai Seni Negara perkenal inovasi bahru patung wayang kulit plastik
Inovasi berkenaan adalah antara usaha bagi memupuk idea kreatif selain melestarikan alam sekitar.
'Wayang: Sakti' gabungan tradisional dan teknologi baharu
"Wayang: Sakti" diiringi ensemble wayang kulit Kelantan dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), satu pembaharuan dalam persembahan wayang tradisional.
Henti main wayang kulit, putuskan segera hubungan dengan PN - Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan MT UMNO segera bermesyuarat dan meminda keputusan mahu bersama kerajaan PN sehingga Parlimen dibubar.
Tok dalang wayang kulit berbangsa Cina tetap ceria sambut Tahun Baharu
Berketurunan Cina Peranakan, beliau mula menceburi persembahan wayang kulit yang biasanya dimainkan masyarakat Melayu di negeri itu sejak berusia 9 tahun lagi.
KLWBC 2020: Rahimidin Zahari budak kurus yang sepi
Dirinya sejak remaja sangat menjaga agama. Menjaga solat ialah asas dirinya; sebagai tanda "Rahimidin itu sang hamba."
Dunia galaksi Star Wars hidup dalam wayang kulit
Tidak berapa lama sebelum ini, seorang pereka dan pengarah seni mendapat inspirasi untuk menceritakan kisah epik Star Wars melalui tayangan wayang kulit.