[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
LIFESTYLE

Basuh baju waktu malam, berebut rancangan TV antara punca perceraian di Selangor

Madiha Abdullah 13/01/2016 | 08:08 MYT
Banyak alasan yang disenaraikan disifatkan sebagai sangat tidak masuk akal. -Gambar fail
MACAM-macam reaksi orang ramai apabila sebuah akhbar tempatan hari ini menyiarkan satu senarai punca perceraian dalam kalangan suami isteri di Selangor.
Mana tidaknya, kebanyakan isu yang disenaraikan adalah perkara yang disifatkan kecil bagi sesetengah individu, namun membawa masalah yang sangat besar di dalam sebuah rumah tangga.

Kes remeh temeh hingga bercerai... moga dijauhkan

Posted by University of Life on
Antara yang disenaraikan adalah isteri gemar membasuh baju pada waktu tengah malam, pasangan lupa mengepam tandas, isteri suka mengikuti rombongan, dan berebut rancangan televisyen.
Laman sosial dipenuhi pelbagai komen, ada yang sinis dan tidak kurang juga yang terkejut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ramai juga yang mempersoalkan betapa rapuhnya institusi keluarga dalam kalangan masyarakat di negara ini sehinggakan alasan remeh-temeh menjadi sebab untuk mengakhiri sebuah ikatan perkahwinan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak kurang juga yang melihat ia sekadar alasan untuk mereka 'melepaskan diri' daripada pasangan masing-masing.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Senarai berkenaan dikeluarkan akhbar Kosmo berdasarkan kajian bersama Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.
#keluarga #perceraian #perhubungan #perkahwinan #remeh-temeh #wanita