Begini cara orang kampung goreng cempedak... garing, rangup tak berminyak

Mingguan Wanita
September 5, 2021 03:03 MYT
Nak goreng cempedak pun kalau kena gaya bancuhan tepungnya akan menambah keenakan rasa cempedak itu. -Gambar hiasan
MERIAH bila tiba musim cempedak. Bau harum cempedak itu boleh buat mak-mak terkenang-kenang.
Nak goreng cempedak pun kalau kena gaya bancuhan tepungnya akan menambah keenakan rasa cempedak itu.
Peniaga ini, Ahmad Shukri Amiruddin berkongsi resepi buat bancuhan tepung cempedak yang garing, rangup dan tidak berminyak.
“Banyak resepi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini resepi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.
"Resepi turun temurun dari keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing, rangup tidak berminyak.
"Yang penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua.
Resepi Cempedak Goreng
Cempedak (Lebih sedap Cempedak Madu)
1.Tepung Beras Sepeket untuk sebiji cempedak
2. Marjerin atau minyak 3 sudu
3. Air kapur makan 2 sudu
4. Garam secukup rasa.
5. 2 cawan air suam.
6. Kunyit 1 sudu kecil
Cara-caranya
1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair.
2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.
Petua Goreng Cempedak
1. Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Ini yang menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.
2. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat. Kulit tepung akan terkoyak.
3. Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.
4. Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.
Selamat mencuba.
Sumber/Foto : Chef Shukri, Warung Nasi Shukri Setia Alam Selangor.
*Artikel asal di Mingguan Wanita

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#cempedak goreng #resipi bancuhan tepung #Ahmad Shukri Amiruddin #Chef Shukri