KUALA KANGSAR: Lari daripada kebiasaan, seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menanam padi berskala kecil di halaman rumahnya di Kampung Kandang Hilir di sini menggunakan tong cat terpakai berbanding resam kehidupan padi di sawah.
Eddrus Iskandar Abd Hamid, 35, berkata idea tercetus apabila melihat ibu saudaranya berjaya menghasilkan tanaman padi di dalam pasu lantas memulakannya sejak pertengahan tahun ini.
"Pada permulaan, ibu saudara saya menggunakan baja sekam padi untuk tanaman di rumahnya seperti cili dan sebagainya. Dalam sekam padi itu wujud sebutir padi yang tidak terbakar dan dari situ dia tercetus tanam padi dalam sebuah pasu," katanya kepada Bernama.
Eddrus Iskandar yang berkhidmat selama 15 tahun dengan TLDM berkata beliau tidak menyangka cubaannya membuahkan hasil memandangkan pada awalnya hanya ingin mencuba kerana tertarik dengan kaedah penanaman padi dalam tong cat yang mudah dan kos efektif.
Katanya konsep penanaman padi dalam tong cat dan di sawah adalah sama termasuk dari segi pengawalan air yang mencukupi, penggunaan baja dan kandungan mineral dalam tanah yang terkawal dan cuaca yang baik.
"Saya ambil sedikit benih dari tempat pemprosesan padi dan pemberian ibu saudara. Alhamdulillah, kini saya dapat menghasilkan kira-kira sekilo padi iaitu hasil tanaman di tiga hingga empat tong cat," katanya yang turut menanam beberapa sayur seperti cili dan bayam Brazil.
Eddrus Iskandar berkata penanaman padi dalam tong cat adalah mudah kerana tidak memerlukan banyak peralatan selain tidak perlu risau kehadiran haiwan perosak.
"Anggaran secara kasar, 20 pasu atau tong cat padi boleh mengisi perut sebuah keluarga yang mempunyai tiga hingga empat orang anak untuk keperluan sebulan," katanya.
Beliau percaya saranan kerajaan supaya rakyat di negeri ini menanam sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri dapat membantu menangani kekurangan bekalan makanan ketika ini serta meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebelum ini turut menitahkan agar gerakan secara besar-besaran dilakukan untuk memenuhi keperluan bekalan makanan negara yang ketika ini di ambang bahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022
Eddrus Iskandar tidak menyangka cubaannya menanam padi dalam tong cat itu berjaya membuahkan hasil. - Bernama
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Tanam padi lima musim dua tahun berpotensi dengan naik taraf sistem pengairan tersier
Ia berpotensi dilaksanakan dengan adanya inisiatif menaik taraf infrastruktur sistem pengairan tersier di kawasan MADA, yang dijangka bermula tahun ini.
Tanam padi dalam pasu, kawasan rumah bantu tampung kegunaan harian
Menanam padi secara kecil-kecilan di dalam pasu atau di kawasan rumah adalah antara inisiatif yang boleh dilakukan dalam menghasilkan beras tempatan bagi menampung kegunaan harian.
Penduduk bandar Tokyo rasai pengalaman tuai padi di 'rooftop garden'
Kira-kira 170 orang menjejak kaki dalam sawah dan belajar cara gunakan sabit untuk menuai padi, di sawah yang terletak di bumbung kompleks.
Bekas anggota TLDM manfaat tong cat, usahakan tanaman padi
Eddrus Iskandar berkata, idea tercetus apabila melihat ibu saudaranya berjaya menghasilkan tanaman padi di dalam pasu.
'Tanam padi waktu malam' ajak pesawah berfikir luar kotak - Exco Perak
Abdul Yunus Jamhari percaya, cadangan Perdana Menteri itu berbentuk kiasan supaya pesawah lebih kreatif dalam melakukan kerja mereka.