KUALA LUMPUR : Platform beli belah Go Shop sekali lagi tampil dengan tawaran menarik buat pelanggan.

Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Go Shop tampil dengan kempen 'Beli Ikhlas Dari Hati' yang  menawarkan pelbagai diskaun menarik.

Ini termasuk penghantaran percuma!

"Dengan kedatangan bulan mulia Ramadan, platform beli-belah barangan rumah dan e-dagang Malaysia Go Shop telah melancarkan kempen 'Beli Ikhlas Dari Hati' sehingga 21 Mac 2023 yang diadakan untuk menawarkan pelbagai barangan Ramadan dan raya untuk menjadikan ia sambutan yang paling istimewa.

"Para pelanggan boleh menikmati diskaun sebanyak RM12 dengan menggunakan kod HATI12 apabila belanja minimum RM150 dan diskaun sebanyak RM20 menggunakan kod HATI20 dengan perbelanjaan minimum RM220 apabila membeli-belah pelbagai produk di Go Shop," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, pelanggan juga dapat menikmati penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia setiap Isnin hingga Jumaat sehingga 21 Mac 2023.

Manakala penghantaran percuma turut ditawarkan ke seluruh negara setiap Sabtu dan Ahad hingga 16 April.

"Selain itu, Go Shop juga ingin memberikan pengalaman membeli-belah yang unik dan menarik dengan membawakan hiburan dan kemeriahan Ramadan dan raya kepada pelanggan dengan program istimewa mereka setiap hari di Go Shop BAARU (saluran Astro 111) dan Go Shop RUUMA (saluran Astro 118).

"Para pelanggan boleh menonton Nour Al Ramadan untuk persiapan menjelang bulan Ramadan, Lip Lap Raya untuk fesyen sambutan raya yang glamor, Jelita untuk tips terhebat dalam mengekalkan kulit dan kesihatan yang baik, Enak Rasa untuk snek dan minuman yang lazat, Deko Raya untuk idea-idea hebat menghiasi rumah anda dan Jom Masak untuk alatan memasak terbaik dan resipi raya yang lazat daripada chef tempatan," tambah Go Shop lagi.

Untuk maklumat dan lebih banyak tawaran menarik, layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.

Jangan lupa untuk menonton Saluran Go Shop di Astro – Go Shop RUUMA di saluran 118, Go Shop GAAYA di saluran 120 dan Go Shop BAARU di saluran 111.