ALOR SETAR: Ketika kecil dahulu kebanyakan daripada kita pasti merasai pengalaman disuruh ibu untuk menghantar juadah berbuka puasa ke rumah jiran atau saudara bersebelahan.
Amalan itu meninggalkan nostalgia buat sebilangan besar daripada kita khususnya mereka yang kini berusia antara 40-an ke atas.
Lebih-lebih lagi bagi masyarakat di penempatan perkampungan, keakraban penduduk tidak dapat dinafikan lagi.
Juadah yang dikirim melalui mangkuk tingkat atau popular dengan panggilan ‘sia’ bagi penduduk di negeri-negeri utara tanah air pula bagaikan satu kemestian.
Apa yang manisnya ialah, juadah yang dikirim tidak berbalas kosong, sebaliknya, ‘sia’ berkenaan pasti akan diisi oleh makanan lain sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.
Andai ada yang beranggapan amalan berkenaan sudah semakin dipinggir atau dilupakan, tanggapan anda barangkali salah.
Ini kerana tradisi bertukar juadah berbuka puasa masih diteruskan penduduk di Kampung Sungai Mati, Langgar di negeri jelapang padi.
Berkongsi cerita, seorang warga emas, Azizah Saad, 71, berkata, sudah menjadi rutinnya memastikan juadah berbuka yang dimasak akan dilebihkan kerana dia mahu berkongsi rezeki dengan jiran-jiran dan saudara-maranya.
Lazimnya, Azizah akan masuk ke dapur selepas menunaikan solat Asar iaitu sekitar pukul 5 petang.
Sebaik selesai memasak, dia akan mengisi juadah berkenaan ke dalam ‘sia’ sebelum meminta cucunya menghantar kepada mereka yang ingin dikongsi rezeki itu.
“(Selalu) pukul 5 (petang) dah mula masa (dan) pukul 6.30 (petang) itu kira berantaq (kirim)… (selalunya) depa (jiran atau saudara) balas tak sama lauk, kadang-kadang cucuq (cucur) pun ada, bukan balas lauk semua,” kata Azizah yang ramah bercerita dengan krew Astro AWANI.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Turut berkongsi cerita ialah Zabedah Saad, yang memberitahu amalan bertukar juadah berbuka puasa masih diteruskan sejak kampung mereka dibuka lebih 100 tahun lalu.
Katanya, tradisi itu masih kekal sama, namun, apa yang membezakannya ialah kebanyakan juadah yang ditukar dengan jiran tetangga itu bukan lagi hasil air tangan penduduk kampung.
Ini kerana, sebilangan daripada masyarakat di kampung itu khususnya kaum wanita yang bekerja, justeru, mereka tidak sempat untuk memasak dan lebih selesa membelinya di gerai atau bazar Ramadan.
Lantaran enggan tradisi itu pupus ditelan masa, Zabedah menurunkan amalan itu kepada anak cucunya untuk meneruskannya.
Katanya, biarpun kehidupan masyarakat hari ini semakin moden, namun, tradisi sebolehnya jangan dilupakan kerana melaluinya kecintaan kepada permulaan hidup seseorang itu akan terus kekal.
“Nak tinggai (tinggal) rasa sayang tradisi lama ini, hati ini tak lupa dok (asyik) ingat daripada dulu sampai ke la (sekarang),” kata Zabedah yang berusia 70 tahun ini mengenai ingatannya terhadap amalan yang diwarisi daripada ibunya.
Setiap kali Ramadan, ujarnya, antara juadah yang sangat terkenal dan sering disediakan oleh penduduk kampung ialah tepung talam, bengkang dan ghasidah.
Sementara itu, bagi generasi muda pula, melihat kesetiaan dan generasi lama membibitkan rasa tanggungjawab mereka untuk meneruskan amalan itu.
Bertukar juadah sesama jiran, kata mereka, masih relevan, namun, dalam konteks kehidupan masyarakat hari ini khususnya bagi golongan yang tinggal di bandar, ia barangkali sulit untuk diamalkan kerana masing-masing terikat dengan komitmen pekerjaaan.
Bagi Mahdzir Hasan, mengimbas kembali kenangan ketika kecilnya disuruh ibu menghantar juadah berbuka puasa pasti akan membuatkan dia ketawa kerana pengalaman silam itu merakamkan terlalu banyak kegembiraan buatnya.
Suatu hal yang terus melekat di kotak fikiran Mahdzir ialah, amalan itu mengakrabkan hubungan dia sesama penduduk kampung.
“Semua pakat dapat rasa juadah yang mak masing-masing buat, dulu-dulu masa kecik (kecil) meriah lah dok (asyik) hantaq (hantar), tapi zaman sekarang banyak orang lupa (amalan bertukar juadah),” kata Mahdzir yang mencadangkan amalan itu perlu diteruskan bagi membolehkan generasi akan datang menghargai budaya silam.
Berkongsi kenangan lucu, Suriati Omar, 39, berkata, masih lagi melekat di fikirannya apabila dia menghabiskan juadah yang dibalas jirannya di pertengahan jalan pulan ke rumah kerana itu merupakan kuih kegemarannya.
Ada juga kenangan pahit bagi ibu kepada empat orang anak ini iaitu pernah terjatuh ke dalam longkang dan semua makanan yang dibawa rosak.
Mujur, kata Suriati, ibunya tidak pula marah, sebaliknya, memahami keadaan yang berlaku.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Apr 18 2022
Mahdzir Hasan menghantar juadah berbuka yang diletakkan didalam mangkuk tingkat kepada Azizah Saad. - Gambar Astro AWANI
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Jadikan tadarus al-Quran program rutin bukan sahaja di bulan Ramadan
Apakah kaedah terbaik bagi kita mencari masa dan meluangkan waktu yang ada demi terus membaca dan mentaddabur al-Quran?
Warga APMM disaran jadikan Ramadan medan perbaiki diri
Hamid berkata, warga agensi itu perlu meletakkan integriti sebagai tunjang dalam diri terutama ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan.
500 kg lebihan makanan, minuman di bazar Ramadan diselamatkan di Kedah
Sebanyak 500 kg makanan dan minuman tidak habis dijual di beberapa bazar Ramadan di Kedah diselamatkan menerusi program MySaveFood@Ramadan 2024.
“Sahur pukul 11 malam..." - Ameng kenang sambut Ramadan di penjara
Ameng Spring berkongsi kenangan menyambut puasa sebagai warga penjara sewaktu di tahan di balik tirai besi tidak lama dahulu.
Sultan Ibrahim berkenan kurnia 25,000 kampit beras buat asnaf di Kuala Lumpur
Sebanyak 10 buah masjid di sekitar Kuala Lumpur telah dipilih bagi urusan pengagihan beras tersebut.
Diawara tinggalkan pasukan Perancis kerana dilarang berpuasa
Diawara dilaporkan tidak selesa dengan peraturan baharu itu yang dikenakan kepada pasukan bawah 16 tahun hingga ke pasukan senior.
Tingkat integriti, jauhi amalan 'sakau' di bulan Ramadan - PM Anwar
Integriti ketika bekerja juga harus menjadi keutamaan dalam menghormati bulan mulia ini, tegas Perdana Menteri.
Mo Salah jalani latihan sebelum bersahur
Bintang Liverpool Mohamed Salah memuat naik video menjalani latihan awal pagi sempena bulan Ramadan.
Cabaran puasa Diallo
Amad Diallo yang meledak gol kemenangan ketika Manchester United menewaskan Liverpool 4-3 pada suku akhir Piala FA bermain ketika berpuasa.
Seludup barang bersubsidi lebih aktif ketika Ramadan, Syawal
Antara barangan dirampas adalah minyak masak pelbagai jenama dan beras yang disyaki dibawa keluar untuk dijual di negara jiran.