"Berihsan dengan anjing atau babi tak haram" - Ustaz Wan Dazrin

Gempak
November 15, 2018 23:32 MYT
Kata Wan Dazrin, perbuatan berihsan (memberi makan) kepada anjing atau khinzir bukan satu perkara haram untuk dilakukan.
PENDAKWAH bebas, Ustaz Wan Dazrin tampil menjelaskan isu viral berhubung pemberian sisa makanan kepada anjing.
Kata Wan Dazrin, perbuatan berihsan (memberi makan) kepada anjing atau khinzir bukan satu perkara haram untuk dilakukan.
"Berihsan dengan haiwan, khususnya anjing atau khinzir ia bukanlah satu benda haram untuk dilakukan.
"Perlu kita perbetulkan fahaman tentang 'Haram'-nya anjing dan khinzir.
"Kita diharamkan makan daging mereka atau bergomol dengan mereka, bukan mereka itu sendiri 'Haram'," jelasnya menerusi entri di Instagram.
Baru-baru ini tular perbualan di aplikasi WhatsApp apabila wakil sukarelawan haiwan meminta bantuan sedekah sisa makanan daripada sebuah restoran untuk diberikan kepada anjing yang diselamatkan.
Bagaimanapun, pihak restoran terbabit enggan bekerjasama dan menyifatkan perbuatan itu haram kerana bersubahat.
Paparan skrin perbualan antara dua pihak terbabit tular di media sosial hingga mencetuskan pelbagai pendapat dan andaian.
#Allah #anjing #Babi #Halal #haram #Instagram #Islam #kesihatan #khinzir