Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
GAYA HIDUP

Berita Terkini ASEAN25: Persis aksi filem Hollywood, tindakan pengawal keselamatan wanita Malaysia curi tumpuan

Asyraf Malik 28/10/2025 | 09:44 MYT
Rakaman tular di media sosial itu memaparkan pengawal keselamatan wanita cekap menjalankan tugas ketika mengiringi delegasi asing pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara. - Foto tangkapan layar dari platform TikTok
KUALA LUMPUR: Dua pengawal keselamatan wanita Malaysia menjadi tumpuan selepas tular video memaparkan aksi mereka melompat ke atas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang sedang bergerak semasa mengiringi delegasi asing pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-sidang Berkaitan yang berlangsung dari 26-28 Oktober, di ibu negara.

Pengawal-pengawal yang mengenakan pakaian sut rasmi berwarna hitam itu kelihatan cekap mengejar sebuah SUV berwarna hitam sebelum membuka pintu belakang untuk melompat naik ke atas kenderaan tersebut.

Mereka kemudian berdiri di pintu kereta yang masih terbuka sementara kenderaan itu masih bergerak untuk menuju ke destinasi seterusnya.

Aksi tangkas itu yang mula viral di platform TikTok sejak Isnin itu mencuri perhatian netizen yang memuji tahap profesionalisme dalam menjalankan tugas yang mencabar itu.

"Wanita Malaysia memang luar biasa, dalam bidang keselamatan pun boleh ceburi," komen Maria Mohamad di platform TikTok.

"Bodyguard lari luar kereta macam ini. Awesome seeing in this real life," komen Nurul Ezzatie Zulkar.





#pengawal keselamatan wanita #SUV #aksi hollywood #Berita Terkini ASEAN25