awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersiar-siar di Alor Setar terasa seperti di Jepun

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/03/2019
04:14 MYT
Bersiar-siar di Alor Setar terasa seperti di Jepun
POKOK tecoma yang menghiasi landskap bandaraya Alor Setar menjadi tarikan ramai. - Gambar ihsan Halil Ismail
Musim bunga “Sakura Kedah” kembali menghiasi landskap di bandaraya ini apabila pokok-pokok tecoma mula mewarnai persekitaran dengan bunga-bunga berwarna merah jambu dan putih.
Berbunga lebat sejak minggu lepas, tecoma lebih dikenali sebagai Sakura Kedah oleh penduduk tempatan kerana bunga dan pokoknya seakan-akan sakura di Jepun..
Pemandangan indah yang bermusim ini menjadikan salah satu tarikan pelancong ke Kedah.
Ramai penduduk tempatan dan pelancong dalam negeri mengambil kesempatan untuk merakamkan kenangan mereka dengan bergambar bersama ribuan bunga tecoma.
MUSIM bunga temoca di Alor Setar ketika ini saling tidak ubah seperti musim bunga di Kedah. - Gambar ihsan Zahran Saad
MUSIM bunga temoca di Alor Setar ketika ini saling tidak ubah seperti musim bunga di Kedah. - Gambar ihsan Zahran Saad
Namun bagi jurufoto, musim bunga tecoma merupakan lubuk rezeki mereka untuk menambah pendapatan kerana pada waktu itu, tempahan untuk sesi fotografi perkahwinan lebih banyak berbanding musim perkahwinan biasa..
Selain fotografi perkahwinan, ramai juga yang mendapat habuan daripada butik-butik yang berminat untuk memperagakan busana mereka bersama model-model.
Bagi jurugambar sambilan Dinsyah Ahmad, persekitaran bunga tecoma boleh dijadikan medium untuk mereka menyertai pertandingan fotografi, aktiviti seperti ini boleh mendatangkan pendapatan bagi mereka.
"Kalau banyak lagi bunga tecoma mungkin boleh tambah agro pelancongan. Boleh jadi sumber pendapatan juga lah untuk jurugambar macam kami," kata Dinsyah.
Bagi seorang pengusaha studio fotografi dari Sungai Petani, Amir Mustafa pula, dia menerima beberapa tempahan untuk merakamkan sesi fotografi untuk pengantin di kawasan bunga tecoma.
KEINDAHAN bunga tecoma yang muncul setahun sekali di Alor Setar, Kedah menjadi bahan perbincangan di media sosial. - Gambar ihsan Zahran Saad
KEINDAHAN bunga tecoma yang muncul setahun sekali di Alor Setar, Kedah menjadi bahan perbincangan di media sosial. - Gambar ihsan Zahran Saad
Topic Berkaitan
#Bersiar-siar di Alor Setar terasa seperti di Jepun
#bunga tecoma
#pelancong
#pelancongan
#Sakura
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan