'Bola sepak, satu masa dahulu, dimainkan demi negara' - Rafidah Aziz

Madiha Abdullah
Februari 14, 2016 06:15 MYT
Rafidah (gambar) berharap semangat penyatuan dan kepercayaan menjadi satu nilai yang boleh dibanggakan oleh Malaysia. -Gambar fail
BOLA sepak dahulunya dimainkan demi negara dan untuk negara.
Itu yang dikongsi oleh bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz apabila bercerita tentang bola sepak terutamanya selepas filem Ola Bola mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Pengalaman itu diceritakan Rafidah menerusi sebuah akaun Facebook dengan nama Rafidah Aziz Malaysian Citizen, yang kemudiannya dikongsi ke akaun Facebook rasminya.

THE DAYS THAT WERE..I have been asked by some young people, if I saw the film "Ola Bola" .. They felt touched by the...

Posted by Rafidah Aziz Malaysian Citizen on
Kata Rafidah, ketika itu, pasukan bola sepak disertai bukan sahaja bangsa Melayu, malah Cina, India dan lain-lain.
Ini adalah bertitik tolak daripada pendidikan dan persekitaran yang diterapkan di rumah dan sekolah, di mana apa yang ditekankan adalah bangsa Malaysia dan rasa percaya bahawa Malaysia adalah milik semua warganegara.
Tambah Rafidah lagi, biarpun tidak mempunyai televisyen, namun seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menyokong pasukan negara, walaupun hanya dengan membayangkan apa yang diulas oleh pengulas melalui siaran radio.
Pun begitu, kata Rafidah, beliau gembira kerana semangat penyatuan dan kepercayaan itu masih wujud dalam majoriti anak muda di negara ini.
Beliau turut menyatakan harapan agar perasaan sedemikian dapat terus dibawa dan seterusnya dijadikan satu nilai yang boleh dibanggakan oleh Malaysia.
#bangsa malaysia #bola sepak #Ola Bola #Rafidah Aziz #Rafidah Aziz Malaysian Citizen