GAYA HIDUP

Bufet di Randau Rasa gamit nostalgia berbuka puasa bersama keluarga

Asyraf Malik 30/01/2026 | 11:00 MYT
Antara hidangan disajikan Dapur Brahim's di Randau Rasa dalam bufet Ramadan 2026. - Gambar Astro AWANI
BANGI: Bulan suci Ramadan tiba lagi, pastinya tidak lengkap tanpa kemeriahan berbuka puasa dengan santapan meliurkan.


Ringkasan AI
  • Dapur Brahim's menyajikan bufet Nostalgia Ramadan di Randau Rasa, menawarkan lebih 100 hidangan Melayu asli dari 21 Februari hingga 18 Mac 2026.
  • Para tetamu berpeluang menikmati aneka hidangan istimewa seperti bakaran, manisan, dan minuman segar dengan harga RM69.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak.
  • Pengalaman berbuka puasa ini bertujuan menghidupkan kembali tradisi dan kebersamaan bersama insan tersayang, menekankan rasa nostalgia yang mendalam kepada tradisi berbuka puasa.


Dapur Brahim's membawakan kepada anda bufet dengan lebih 100 hidangan berinspirasikan cita rasa Melayu asli di Randau Rasa, di sini, dari 21 Februari hingga 18 Mac 2026.

Pengalaman berbuka yang menghayati elemen tradisi dan kebersamaan, para tetamu bakal disajikan pelbagai pilihan menu istimewa termasuk aneka bakaran, manisan serta minuman yang menyegarkan.

Pengalaman berbuka ini digarap untuk menghidupkan kembali nostalgia berbuka puasa bersama insan tersayang, dengan penekanan terhadap rasa-rasa tradisi yang dekat di hati.

Bufet Nostalgia Ramadan ditawarkan pada harga RM69.90 bagi dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun, manakala kanak-kanak bawah enam tahun adalah percuma.




#Ramadan #percuma #aneka bakaran #menu istimewa