awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan calang-calang, pemilik restoran di Sarawak hantar makanan guna Ferrari

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
14/04/2020
08:22 MYT
Bukan calang-calang, pemilik restoran di Sarawak hantar makanan guna Ferrari
Kenneth Chong yang merupakan pemilik restoran Southbank Grill & Chill berkata, strategi ini digunakan untuk melariskan jualan dan ia diterima baik oleh pelanggannya malah kisahnya menjadi tular di media sosial. - FOTO: Astro AWANI
Pelbagai kaedah digunakan peniaga untuk mempromosikan perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana.
Seperti kebiasaannya, kebanyakan peniaga memilih melakukan penghantaran makanan atau barangan menggunakan motosikal atau kereta.
Namun di Kuching, seorang pemilik restoran memilih menghantar makanan yang dipesan pelanggannya menggunakan kereta berjenama mewah miliknya, Ferrari F430.
Kenneth Chong yang merupakan pemilik restoran Southbank Grill & Chill berkata, strategi ini digunakan untuk melariskan jualan dan ia diterima baik oleh pelanggannya malah kisahnya menjadi tular di media sosial.
“Saya memilih cara ini kerana ingin menggembirakan semua orang di saat PKP ini, ramai pelanggan yang mahu bergambar dengan kereta saya.
Taruhan Kenneth nyata membuahkan hasil apabila kaedah penghantaran makanan menggunakan kereta mewah ini diterima baik masyarakat di Kuching.
Taruhan Kenneth nyata membuahkan hasil apabila kaedah penghantaran makanan menggunakan kereta mewah ini diterima baik masyarakat di Kuching.
“Saya sangat gembira kerana usaha ini mampu menceriakan pelanggan saya,” kata Kenneth.
Lebih menarik, tempahan makanan yang diterimanya juga semakin meningkat kerana ramai pelanggan mula tertarik dengan kaedah penghantaran tersebut.
“Kereta ini jarang digunakan dan hanya diparkir di rumah, jadi saya merasakan ini waktu yang sesuai dengan menghantar makanan kepada pelanggan menggunakan kereta ini.”
Walaupun kaedah penghantaran menggunakan Ferrari menjadi bualan masyarakat Kuching, Kenneth tetap pastikan aspek kebersihan makanan tetap jadi keutamaan premisnya.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Ferrari F430
#Kuching
#perintah kawalan pergerakan
#Sarawak
#Southbank Grill & Chill
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan