awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan 'pasrah' pada angin: Saintis guna alat penjejak, fahami sifat dan pergerakan kupu-kupu

Agensi
Agensi
14/08/2022
04:01 MYT
Bukan 'pasrah' pada angin: Saintis guna alat penjejak, fahami sifat dan pergerakan kupu-kupu
Para saintis perlu menghasilkan alat penjejak radio yang sangat halus untuk diletakkan pada tubuh serangga yang hendak dikaji. - AP
NEW YORK: Setiap tahun, bertrilion-trilion serangga bermigrasi ke serata dunia, namun tidak banyak yang diketahui tentangnya.
Dalam usaha mencari petunjuk, para saintis di Jerman mengambil langkah meletakkan penjejak yang helus di belakang kupu-kupu seterusnya mengikuti serangga itu dengan pesawat, lapor AP.
Perkara yang megejutkan para penyelidik itu adalah, kupu-kupu berkenaan mempunyai deria yang kuat tentang hala tujunya. Walaupun ketika tiupan angin berubah, serangga akan tetap dalam laluan lurus.
Penemuan itu turut diterbitkan dalam jurnal Science pada Khamis.
Laluan penerbangan kupu-kupu itu mengesyorkan kupu-kupu jenis death’s-head hawk moth itu memiliki kemahiran navigasi yang kompleks, sekali gus mencabar pemahaman awal bahawa serangga hanya organisma yang bergerak bebas dan rawak.
“Selama bertahun-tahun, dipercayai bahawa penghijrahan serangga kebanyakannya adalah ditentukan tiupan angin, dan serangga-serangga itu hanya akan bergerak ke serata tempat mengikut keadaan," ujar ketua penyelidikan Myles Menz, yang kini merupakan pakar zoologi di James Cook University, Australia.
Bukan sesuatu yang mudah untuk para saintis mendekati cara serangga bergerak, dengan salah satu sebabnya adalah saiz kecil organisma itu, kata Menz.
Alat penjejak radio yang biasa digunakan pada burung untuk mengesan corak pergerakannya, pastinya terlalu berat untuk organisma terbang yang kecil seperti serangga bersayap.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Topic Berkaitan
#kupu-kupu
#saintis
#Kajian
#weekender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan