STIGMA masyarakat terhadap individu atau ahli keluarga mereka yang menghidap penyakit Human Immunodeficiency Virus (HIV) seperti tiada kesudahannya.

Diskriminasi yang dilakukan terhadap penghidap HIV umpama dosa yang tiada kemaafan dan patut dihukum.

Apabila bercakap soal punca, hubungan seksual merupakan penyebab utama risiko dijangkiti apabila dilakukan tanpa perlindungan, selain berkongsi jarum atau alat suntikan dengan penghidap HIV positif serta melakukan pemindahan darah atau organ yang tercemar dengan virus HIV.

Walaupun masih belum ada ubat yang mampu mengubati penyakit ini sepenuhnya, usaha berterusan untuk mencari penawar kepada penyakit ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan kebimbangan mereka.

Dengan kecanggihan teknologi perubatan hari ini, mereka yang berisiko boleh melindungi diri dengan mengambil langkah pencegahan dijangkiti virus, iaitu Pre-exposure prophylaxis (PrEP).

Meskipun hanya langkah pencegahan, masyarakat tidak boleh memandang ringan kerana PrEP bukan seperti program rawatan HIV, hanyalah sebagai kaedah yang disyorkan bagi mencegah berikutan orang berisiko tidak dinotifikasi seperti pesakit tibi, difteria, HIV, iaitu pihak klinik perlu melaporkan jika terdapat kes baharu.

Dalam pada itu, menurut sumber Sektor HIV/STI, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, jangkitan HIV menerusi hubungan seks sesama lelaki (MSM - men-sex-men) menyumbang 57 peratus daripada 3,293 kes pada 2018, meningkat berbanding 51 peratus daripada 3,032 kes jangkitan dalam kalangan MSM pada 2017.

Jumlah jangkitan menerusi hubungan heteroseksual atau berlainan jantina pula menurun daripada 1,334 kes (40 peratus) pada 2017 kepada 37 peratus tahun lalu. Jangkitan menerusi jarum suntikan dalam kalangan pengguna dadah dan akibat pemindahan darah atau organ, kemalangan tercucuk jarum pula masing masing hanya tiga peratus.

Usaha menjayakan misi kerajaan untuk mencapai kadar sifar HIV/AIDS menjelang 2030 boleh menjadi kenyataan sekiranya pencegahan dan rawatan dilakukan lebih awal.

Tidak hanya bermula di bahagian kesihatan dan perubatan semata-mata, masyarakat juga berperanan dalam memecahkan stigma demi mengurangkan kemudaratan penghidap HIV.

Sertai kami dalam perbincangan secara mendalam menerusi webinar AWANI - The New Normal Series S09 yang membincangkan isu “HIV: Pengurangan Kemudaratan”.

Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com, pada 2 September 2020 ini, jam 11 pagi.

Panel yang akan menyertai sesi dikendalikan oleh penyampai Astro AWANI, Dino Omar ini, ialah Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Majlis AIDS Malaysia, Dr. Iqa Mohd Salleh, Strategic Partnership, Karex, Azryn Azhari Arshad dan Aktivis Sosial, Syed Azmi.

engurangan kemudaratan bukan sahaja langkah #HIVprevention yang sangat berkesan malah kos efektif, selain menghormati maruah dan hak-hak asasi individu.