Bermula dengan membuat burger untuk anak lelaki sulungnya berusia sembilan tahun yang gemarkan makanan itu, terus memberikan idea kepada seorang peniaga Yusmalina Mohd Nawi, 37, dari Bedong dekat sini berniaga burger bajet dikenali sebagai 'Burger Pekak'.
Yusmalina yang memiliki Diploma Kejuruteraan Komputer menjual burger itu dengan harga serendah RM1.50 sebiji untuk burger ayam dan benjo manakala burger daging lembu RM1.80 sebiji di rumahnya di Taman Sungai Lalang, Bedong sambil dibantu suaminya Hamzah Saidin, 43 tahun.
Ketika ditemui Bernama di rumahnya baru-baru ini dia yang mempunyai tiga anak berusia tiga hingga sembilan tahun itu berkata burger bajet yang dijual di rumahnya dengan diberikan nama 'Cafe D'Rumah' mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pelanggan sejak beroperasi pada penghujung Februari lepas.
"Sebab apa saya dan suami bagi nama 'Burger Pekak', sebab burger kami burger bajet. 'Burger Pekak' ini ibarat kata macam untuk makan sendiri, guna bahan apa yang ada sahaja di rumah. Umpama orang Kedah selalu sebut kopi 'pekak', maggie 'pekak'. Kalau tambah telur, macam burger special itu, kami jual RM2 sahaja.
"Burger bajet kami jual ini sama saiz macam burger biasa orang lain jual, masih lagi sedap sebab roti burger ini saya panggang guna marjerin, daging bakar elok-elok selain ada timun, sos pedas manis dengan kicap penambah rasa, cumanya tidak ada mayonis dan sayur banyak macam selalu jual di kedai luar," katanya.
Yusmalina berkata burger bajetnya boleh habis terjual antara 40 hingga 60 biji setiap hari selain turut menerima tempahan untuk sebarang majlis.
Katanya jualan burger itu pada mulanya sebagai pemasaran untuk memperkenalkan kafe yang beroperasi di rumahnya itu bagi berniaga masakan panas seperti nasi goreng kampung namun tidak menyangka ia mendapat sambutan luar biasa termasuk daripada golongan kanak-kanak.
Yusmalina berkata masakan panas di kafenya itu sudah dijual bermula awal bulan ini yang dimasak oleh suaminya yang pernah bekerja sebagai tukang masak di hotel, malah harga yang dikenakan juga berpatutan serendah RM4 hingga RM5 sahaja.
Sementara itu, pelanggan tetapnya Falina Ramli, 33, berkata dia berpuas hati dengan kesedapan burger bajet berkenaan walaupun tanpa mayonis dan pelbagai sayuran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2019
Bermula dengan membuat burger untuk anak lelaki sulungnya yang gemarkan makanan itu, terus memberikan idea kepada Yusmalina untuk berniaga burger bajet dikenali sebagai 'Burger Pekak'. - Bernama
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Seorang maut, 49 lagi jatuh sakit di AS akibat jangkitan E.Coli
Semua individu ditemu bual melaporkan makan di McDonald's sebelum penyakit mereka bermula.
Burger McDonald's dijual di pasaran gelap Rusia
McDonald's pada Selasa mengumumkan bahawa ia akan menghentikan operasi di Rusia.
Bermula sebagai peniaga burger, kini miliki 70 rangkaian hotel
Pengasas Hotel Zamburger berjaya mengambil alih 67 hotel butik termasuk tiga hotel di Indonesia dalam masa 15 bulan.
Sebab bukan hanya 23 burger laku di DoplohTiga
Peniaga burger di tepi jalan mendedahkan ada sebabnya kenapa lebih 23 biji burger laku di restoran burger DoplohTiga setiap hari sekali pun semasa makan di dalam restoran tidak dibenarkan semasa PKP.
Isu kompaun: Perlu ada budi bicara, perikemanusiaan dalam mengambil tindakan - PM
Perdana Menteri meminta agar pihak berkuasa mengamalkan budi bicara dan perikemanusiaan dalam mengambil sebarang tindakan.
Neelofa bantu bayar kompaun? 'Rasa mudah sikitlah' - Peniaga burger
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menerusi muat naik status Instagram Story beliau memaklumkan telah berhubung dengan peniaga burger itu menerusi peguamnya.
Tuah tangkap peragut, burger hero MBJB laris
Video tindakannya menangkap peragut yang tular di media sosial mendatangkan tuah buat Shazrin Hafeez Fadzlan apabila perniagaan burger yang dilakukan secara sambilan 'diserbu' orang ramai.
Hina PDRM, ATM: Asri Janggut akan dipanggil Bukit Aman
DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata Mohd Asri akan dipanggil untuk diambil keterangannya dalam minggu ini oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ.
Lindungi premis haram: Empat penguat kuasa MBSA direman tujuh hari
Mereka ditahan SPRM semalam kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan tanpa lesen.
Seorang lagi anggota penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah - SPRM
Suspek keempat itu merupakan anggota penguatkuasa MBSA dari Cawangan Sungai Buloh.