awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buta tidak halang warga emas bergelar penternak puyuh

Bernama
Bernama
17/04/2021
06:03 MYT
Buta tidak halang warga emas bergelar penternak puyuh
Kow mengakui penularan pandemik COVID-19 turut memberi tempias terhadap aktiviti ternakannya dengan kehilangan lebih separuh pendapatan. - Bernama
BATU PAHAT: Tragedi kemalangan jalan raya kira-kira 25 tahun lepas sehingga mengakibatkan kedua-dua belah matanya buta tidak mematahkan semangat seorang warga emas di Kampung Sri Gading, di sini, untuk bergelar seorang penternak burung puyuh.
Kow Meng Soon, 60, berkata dia kini menternak 5,000 ekor burung puyuh dan mampu menjual kira-kira 2,000 biji telur haiwan itu setiap hari kepada pemborong.
Menurut Kow, dia dan isteri, Disianti Lee, 30, perlu menternak burung berkenaan demi mata pencarian kerana ia satu-satunya pekerjaan yang mampu dilakukannya selepas menjadi orang kurang upaya (OKU).
"Sebelum ini saya bekerja di Singapura dan saya nekad untuk menternak burung puyuh walaupun tidak mempunyai pengalaman. Saya menggunakan wang simpanan hasil pekerjaan sebelum ini sebagai modal...ia lebih baik daripada saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
"Saya juga perlu bekerja keras, lebih-lebih lagi memiliki tiga anak berumur antara enam dan 15 tahun yang masih bersekolah," katanya ketika ditemui Bernama, hari ini.
Kow mengakui penularan pandemik COVID-19 turut memberi tempias terhadap aktiviti ternakannya dengan kehilangan lebih separuh pendapatan.
Katanya, dia pernah kerugian besar apabila tidak dapat menternak burung puyuh hampir 10 bulan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan tahun lepas.
"Ketika itu, saya perlu melupuskan hampir 10,000 ekor burung puyuh selain memberikannya kepada kenalan dan jiran. Kini setelah hampir tiga bulan saya memulakan kembali ternakan, saya gembira dan bersyukur kerana telur puyuh ini masih mempunyai pasaran walaupun tidak seperti sebelum PKP," katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Sri Gading Sharuddin Abu Bakar berkata dia berbangga dengan Kow yang tabah dan cekal untuk berjaya walaupun bergelar OKU.
"Kow merupakan satu-satunya OKU yang boleh dianggap berjaya di kampung ini dan usahanya ini diharap dapat dijadikan teladan oleh para penduduk kampung," katanya. -- BERNAMA

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#burung puyuh
#puyuh
#ternak
#kow meng soon
#Batu Pahat
#penternak
#telur puyuh
#OKU
#shm
#weekender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan