ALOR SETAR: Pencarian untuk Airbnb Langkawi melonjak lebih daripada 13 kali ganda dari bulan ke bulan antara 13 hingga 19 September, berikutan pelancaran gelembung pelancongan Langkawi yang bermula dari 16 September lepas.
Airbnb dalam satu kenyataan hari ini memberitahu dalam tempoh yang sama, carian untuk penginapan Airbnb di Port Dickson meningkat lebih daripada 360 peratus dari bulan ke bulan, manakala carian penginapan di Melaka naik 270 peratus dari bulan ke bulan.
Langkawi adalah destinasi ketiga yang paling banyak dicari melalui Airbnb, dibelakang Subang Jaya dan Kuala Lumpur, katanya.
Airbnb menambah penamatan sekatan yang panjang selama ini telah mendorong rakyat Malaysia untuk merancang perjalanan dengan orang yang mereka sayangi serta memilih percutian dalam negeri bagi sekitar satu minggu atau lebih lama untuk mengisi kembali agenda mereka selepas 'terpenjara' di dalam rumah pada sepanjang tahun lepas.
"Penginapan Airbnb yang lebih besar juga menyaksikan peningkatan populariti, kerana pencarian ke atas vila menokok hampir 2.5 kali pada minggu 13 September, mula bertambah sejak enam bulan sebelum ini," katanya.
Pengurus Besar untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj berkata data Airbnb mendedahkan sentimen perjalanan yang kukuh serta positif di tengah-tengah pelonggaran sekatan pergerakan.
"Airbnb komited untuk menyokong strategi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi merangsang industri pelancongan selain daripada membantu memacu perjalanan yang selamat dan bermakna apabila kita secara kolektif membuka laluan untuk pemulihan pelancongan Malaysia dengan cara yang menguntungkan masyarakat setempat," katanya.
Sejajar dengan strategi RMK12 untuk memperbaharui industri dan meningkatkan pelancongan domestik, Airbnb juga telah melancarkan kempen '#RaikanMalaysia' baru-baru ini, yang bertujuan bagi memacu pemulihan pelancongan Malaysia pada separuh kedua tahun ini dan seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021
Langkawi adalah destinasi ketiga yang paling banyak dicari melalui Airbnb, dibelakang Subang Jaya dan Kuala Lumpur, katanya. - Gambar fail
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Carian ke atas Airbnb Langkawi melonjak
Pencarian untuk Airbnb Langkawi melonjak lebih daripada 13 kali ganda dari bulan ke bulan antara 13 hingga 19 September, berikutan pelancaran gelembung pelancongan Langkawi yang bermula dari 16 Sept.