'Catchy!'... Netizen suka dengan rentak, konsep MV 'You Dunno Meh'

Nickyson Nyambar
Februari 6, 2024 13:33 MYT
Lagu baharu 'You Dunno Meh' yang dilancarkan bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2024 ini menggunakan konsep penceritaan 'pantang larang' dengan rentak yang 'catchy'. -Gambar Youtube MyTOWN
KUALA LUMPUR : Meskipun belum sampai sebulan sejak ia dilancarkan, lagu baharu 'You Dunno Meh' sehingga kini terus mendapat pujian dan sambutan yang positif dalam kalangan netizen.
Mereka menyifatkan lagu yang ditampilkan hasil kolaborasi bersama pusat beli belah MyTOWN sempena Tahun Baharu Cina ini sebagai menarik dan 'underrated'.
Selain rentak yang unik dengan sentuhan tradisional dan moden, pembikinan MV ini menerapkan elemen bersatu-padu rakyat Malaysia dalam menyambut sesuatu perayaan seperti Tahun Baharu Cina.
"MV ini menggunakan bahasa Inggeris tetapi dengan 'slang' bahasa Cina, kerana kita percaya kita adalah negara yang majmuk dan kita mengharapkan bukan sahaja masyarakat Cina yang meraikannya, malah bangsa-bangsa lain juga," kata Pengurus Besar MyTOWN, Mohd Azhan Che Mat ketika memberi komen kepada Astro AWANI mengenai video muzik itu.
Ujarnya, lagu ini menampilkan bakat-bakat unik dan versatil seperti Wo Shi Jay yang fasih berbahasa Mandarin dan Tamil.
Ia juga dibintangi oleh penyanyi dan penulis lirik, Jasmine Chong.
MyTOWN dalam kenyataannya berkata, komposisi muzik lagu ini disuntik dengan semangat perpaduan dalam kepelbagaian dan menunjukkan mesej jelas masyarakat Malaysia adalah sebuah komuniti yang terhubung.
Ia juga dalam masa sama menceritakan 'pantang larang' dan tradisi yang sinonim dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
Sementara itu, dalam menyemarakkan lagi semangat Tahun Naga, pusat beli belah itu sepanjang minggu ini menganjurkan pelbagai aktiviti untuk menarik minat orang ramai meski dari latar belakang yang berbeza, untuk meraikan semangat keharmonian rakyat Malaysia.
Tahun ini MyTOWN memilih 'Wisdom and Wealth' sebagai tema rasmi Tahun Baharu Cina.
Saksikan kemeriahan pelancaran MV 'You Dunno Meh' dan tema 'Wisdom and Wealth' bersama wartawan Nickyson Nyambar baru-baru ini:
#Tahun Baharu Cina #You Dunno Meh #Muzik Video #MyTown