BALIK PULAU:Sesiapa yang memandang "Cik Kiah" buat pertama kali pasti terpaku dengan kecantikan dan keunikannya. Namun, Cik Kiah yang dimaksudkan di sini bukanlah seorang gadis, sebaliknya seekor ular sawa betina daripada keluarga Malayopython reticulatus atau reculated python'- ular sawa batik seakan anakonda - yang dibela Mohd Redzuan Abdullah Zawawi.
Memiliki panjang tujuh meter dengan berat 220 kilogram, Mohd Redzuan, 36, mendakwa Cik Kiah adalah ular sawa batik peliharaan terbesar di Asia.
Untuk rekod, Guinness World Records mencatatkan ular sawa batik di Missouri, Amerika Syarikat yang dinamakan Medusa sebagai ular terpanjang di dunia dengan ukuran 7.67 meter pada 2011.
Mengulas hobinya membela reptilia, Mohd Redzuan yang ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini, berkata Cik Kiah merupakan antara enam ekor ular sawa batik yang dibelanya.
"Kesemua ular ini saya tempatkan di sebuah rumah yang saya sewa khas untuk mereka," kata bapa dua anak itu.
Menyingkap "pertemuannya" dengan Cik Kiah, Mohd Redzuan berkata dia terserempak dengan reptilia itu melintas jalan kira-kira 16 tahun lepas.
"Ketika itu saya dalam perjalanan menghala ke Teluk Bahang dan ternampak anak ular sawa sedang melintas jalan. Saya ambil dan putuskan untuk membelanya. Ketika itu saiznya cuma sebesar dua ke tiga jari saya," katanya, menambah Cik Kiah merupakan ular pertama yang dibelanya.
Menurut lelaki itu, hobinya mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga yang kesemuanya merupakan pencinta haiwan.
"Ular sawa batik ini sememangnya jinak, malah ia juga tidak mudah terdedah kepada penyakit selain hanya memerlukan tempat tinggal yang selesa dan ruang yang mencukupi, bergantung pada saiz ular," kata bekas penjawat awam itu.
Dia turut menjelaskan mereka yang mahu membela reptilia itu perlu mendapatkan lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
"Sebelum ini, ada peminat ingin saya membuat pertunjukan ular, namun tidak boleh kerana tidak memiliki lesen untuk pertunjukan," katanya, menambah anak sulungnya yang berusia 12 tahun turut berkongsi minat dengannya.
Mohd Redzuan mengakui kos memelihara ular sawa agak besar dan dia membelanjakan antara RM700 dan RM800 sebulan untuk makanan reptilia terbabit.
"Lagi besar ular itu lagi tinggi kos makanan. Untuk Cik Kiah, makanan yang diperlukannya ialah kira-kira 20 hingga 25 ekor ayam sebulan," katanya.
-- BERNAMA
**Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Bernama
Sat Oct 31 2020
Mohd. Redzuan Abdullah Zawawi (kanan) dan anaknya Harith Mohd Redzuan,12, bermain dengan 'Cik Kiah' ular sawa batik peliharaannya di Titi Teras. - Foto BERNAMA
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Video tular: Ular sawa lima meter antara paling panjang ditangkap - APM
Ular sawa yang tular itu dianggarkan panjang lebih lima meter dengan berat sekitar 80 kilogram semasa ditangkap di Taiping.
Bomba tangkap ular sawa kekenyangan selepas baham tiga ekor kambing
Pasukan Bomba Sukarela Guchil dan tujuh anggota BBP Kuala Krai dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menangkap ular.
Ular sawa batik jatuh dari siling rumah
Sebuah keluarga di Rumah Rakyat Padang Lebar, Batu Kikir di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat 15 kilogram yang tiba-tiba jatuh dari siling rumah mereka, pada Khamis.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
APM tangkap ular sawa belit dua ekor kambing
Ular itu dibawa ke pejabat APM Setiu sebelum di bawa ke pejabat APM Besut untuk diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
'Misteri' kehilangan lembu terjawab, penduduk jumpa ular sawa besar
APM Terengganu menangkap seekor ular sawa batik sepanjang enam meter dengan berat kira-kira 120 kilogram (kg) di Kuala Nerus.
Ular sawa 3 meter kejutkan pengguna jalan raya
Ular itu dapat ditangkap oleh tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa hanya dalam tempoh tiga minit.
Ular sawa 20kg menyorok dalam bonet kereta
Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ular sawa sepanjang empat meter di bahagian enjin kenderaan di Kampung Pantai Belimbing, Melaka.
Ular sawa 10kg dalam mangkuk tandas
Pemilik rumah dikejutkan dengan bunyi seolah-olah serpihan kayu yang jatuh dari atap pada jam 1.05 tengah hari.
Ular sawa seberat 150kg ditangkap di chalet di Mersing
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing menangkap seekor ular sawa seberat 150 kilogram (kg) di kawasan chalet di sini, semalam.