awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Citroen kembali dengan MPV kompak terbaru

AFP RELAXNEWS
AFP RELAXNEWS
03/04/2013
10:41 MYT
Citroen kembali dengan MPV kompak terbaru
C4 Picasso menyediakan gaya berpatutan secara praktikal dan lelaran terbaru adalah satu cubaan untuk melonjak dari segi kontemporari, stail pasaran luar dengan pelbagai ciri-ciri yang wajar dan mesra keluarga.
Berdasarkan pendedahan konsep 'Technospace' baru-baru ini, ia pada mulanya dipamerkan di Geneva Motor Show, C4 Picasso pada 2013 mempunyai ruang but terbesar (537 liter) dalam kategorinya.
Tempat duduk pemandu dan penumpang pula diilhamkan dari perjalanan udara kelas pertama dan beberapa bantuan pemandu yang direka untuk menggalakkan perjalanan yang santai - antaranya bantuan untuk meletak kenderaan bagi mengenal pasti dan mengendalikan kenderaan ke ruang letak kereta dengan mudah (pemandu hanya perlu mengawal pemecut dan brek) dan 360 Vision.
Serupa dengan sistem pada Range Rover yang jauh lebih mahal, 360 Vision memberikan pengguna dengan pandangan yang jelas persekitaran terdekat yang terdapat di luar kenderaan. Menggunakan kamera luar, pengguna boleh mendapat pandangan kereta melalui pandangan atas, pandangan belakang atau pandangan hadapan. Salah satu daripada kamera juga berfungsi sebagai kamera undur untuk mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin terlepas oleh sensor tradisional letak kereta.
Kelebihan lain ialah, ciri-ciri termasuk satu pemantauan ultrasonik titik buta yang memberi amaran kepada pemandu jika kereta, motosikal atau penunggang basikal berada bersebelahan kenderaan tetapi tidak kelihatan melalui cermin sisi, dan sensor aktif yang akan membuatkan tempat duduk pemandu bergetar jika kenderaan terkeluar dari lorong di lebuh raya atau jalan raya.
Untuk mengurangkan masalah dalaman, kereta juga dilengkapkan 7-inci skrin sentuh kepada pemandu untuk mengakses banyak sistem kenderaan dan ciri-ciri yang ditambah paparan 12-inci HD yang boleh disesuaikan untuk memaparkan maklumat yang diperlukan pemandu.
Citroen juga turut menyatakan akan melancarkan sambungan platform kereta sendiri, lengkap dengan aplikasi ekosistem yang dioptimumkan, yang secara rasmi akan dilancarkan pada tahun 2014 dan akan disokong dengan C4 Picasso baru. Aplikasi awal termasuk pengesan stesen bahan api, kemaskini cuaca, laporan trafik dan pangkalan data untuk mencari hotel dan restoran berdekatan.
Walau bagaimanapun, sewaktu pelancaran kereta sudah dilengkapi beberapa ciri-ciri sambungan di bawah Citroen eTouch, termasuk panggilan kecemasan setempat dan bantuan, dan kedudukan GPS supaya kenderaan dapat dikesan dengan cepat.
C4 Picasso mula dijual pada musim panas ini di mana syarikat itu akan mengesahkan harga untuk setiap wilayah serta ciri-ciri dan spesifikasi negara.
Topic Berkaitan
#C4 Picasso
#Citroen
#Geneva Motor Show
#kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan