awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Bagaimana pandemik beri kesan kepada ibu hamil

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
30/05/2021
23:40 MYT
COVID-19: Bagaimana pandemik beri kesan kepada ibu hamil
Selain bimbang dengan bayi dalam kandungan, isu ekonomi, kesihatan dan masalah mental antara yang dilihat memberi impak kepada golongan tersebut. -Gambar hiasan
IBU hamil merupakan antara golongan yang paling berisiko berdepan tekanan ketika perintah berkurung dilaksanakan.
Selain bimbang dengan bayi dalam kandungan, isu ekonomi, kesihatan dan masalah mental antara yang dilihat memberi impak kepada golongan tersebut.
Kajian University Southern of California (USC) Dornsife mendedahkan daripada 641 wanita hamil yang ditemu bual, 59 peratus menyatakan kebosanan sementara 51 peratus yang lain menyatakan kesunyian.
Golongan wanita tersebut mendakwa pandemik juga memberi kesan negatif kepada hubungan sosial mereka.
Perubahan tersebut membawa masalah kepada kesihatan mental mereka.
Hampir dua pertiga reponden menyatakan mereka mengalami kemurungan, selain masalah penyakit kerisauan melampau.
Berdepan dengan masalah tersebut boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan seperti kelahiran bayi pramatang.
Malah ibu juga berdepan tekanan yang tinggi hingga boleh menjejaskan kesihatan.
Justeru, kajian tersebut menyatakan bukti menunjukkan intervensi kaunseling seperti terapi bukan sahaja dapat melegakan malah mencegah gangguan emosi untuk tempoh sebelum dan selepas bersalin.
Kajian turut membuat tinjauan selepas tiga, enam dan 12 bulan kelahiran bayi untuk melihat bagaimana kesihatan mental reponden berubah dari semasa ke semasa dengan susunan pelan rawatan yang lebih teliti.
Ia bagi memastikan kesan rawatan yang diatur dapat membentuk kehidupan awal bayi dan menjaga kesihatan mental ibu.
Topic Berkaitan
#perintah berkurung
#masalah mental
#University Southern of California
#USC
#Dornsife
#wanita hamil
#bayi pramatang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan