GAYA HIDUP

Demam Infinity War, Menara TM jadi Stark Tower

Madiha Abdullah 25/04/2018 | 05:57 MYT
Syarikat telekomunikasi TM, meletakkan pancaran logo Avengers pada menara mereka di Bangsar, bermula dua hari lalu. - Facebook
SEPULUH tahun menunggu, tidak hairanlah demam filem Infinity War tidak dapat dibendung lagi.
Pelbagai cara dilakukan untuk menterjemahkan rasa teruja apabila penantian itu berakhir hari ini, dengan filem itu akhirnya menemui penonton.
Antara yang paling mendapat perhatian ialah syarikat telekomunikasi TM, yang meletakkan pancaran logo Avengers pada menara mereka di Bangsar, bermula dua hari lalu.
Ia mula dimuat naik seorang pengguna Twitter dengan nama @duriancomel, dan ia pantas menjadi tular, dengan lebih 2,000 perkongsian.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ia kemudiannya disusuli perkongsian lebih ramai netizen yang mengambil gambar pemandangan menara itu, dan memuat naiknya ke laman sosial masing-masing.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ramai yang memuji cara pemasaran TM itu, apatah lagi dengan mempergunakan fakta menara itu mempunyai reka bentuk yang mirip dengan Stark Tower.
Akaun Facebook Unifi juga memuat naik gambar menara itu semalam, dengan kapsyen "Secara rahsia, Menara TM ialah Stark Tower".
Namun agak mencuit hati apabila pengguna memenuhi bahagian komen dengan aduan berkenaan talian internet mereka.
Difahamkan, logo itu akan dipancarkan pada jam 8 hingga 10 malam, sehingga 29 April ini.
Infinity War, filem ke 19 dalam siri filem Marvel, mula ditayangkan di seluruh dunia termasuk Malaysia, hari ini.
#Avengers #Facebook #filem #Infinity War #Internet #Kuala Lumpur #laman sosial #Malaysia #Menara TM #TM #Twitter #Unifi