GAYA HIDUP
Diabetes bukan sekadar 'gula berlebihan'
Diabetes bukan sekadar tentang gula, tetapi juga melibatkan keseluruhan tubuh. - Gambar hiasan/AI
KUALA LUMPUR: Di Malaysia, diabetes sering dianggap sebagai hanya "masalah gula" akibat pengambilan makanan dan minuman manis, namun bagi pesakit, diabetes ialah penyakit kronik yang boleh menjejaskan organ dalaman dan hormon serta berisiko menyebabkan kehilangan anggota badan.
Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway dalam kenyataan memaklumkan, meskipun lazim berlaku, diabetes masih membawa stigma dengan ramai pesakit berasa dipinggirkan dan lebih membimbangkan kebanyakan golongan muda tidak sedar mereka menghidap penyakit ini.
"Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 menunjukkan satu daripada enam dewasa di Malaysia menghidap diabetes dan 84 peratus pesakit berumur 18 hingga 29 tahun tidak mengetahui mereka menghidap penyakit terbabit," menurut kenyataan itu.
Pakar Perubatan Endokrinologi di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Lim Chong Wei menekankan kepentingan pengesanan awal, pendidikan dan empati.
"Diabetes bukan sekadar tentang gula, tetapi juga melibatkan keseluruhan tubuh. Penyakit ini boleh dikawal jika dikesan dan dirawat awal bagi mengelakkan komplikasi serius. Bagi orang ramai, ia tentang mengubah cara kita melihat penyakit ini sebelum terlambat," katanya dalam kenyataan sama.
Dr Lim berkata, komplikasi diabetes boleh bermula sebelum gejala berlaku, antara yang paling lazim ialah kerosakan buah pinggang atau nefropati diabetes.
Beliau berkata, komplikasi itu berkembang secara senyap dengan tanda awal seperti kehadiran protein dalam air kencing yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, justeru tanpa saringan berkala, pesakit mungkin hanya mengetahui selepas keadaan sudah teruk, apabila dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan.
Diabetes yang tidak dikawal, katanya, boleh menyebabkan kerosakan saraf, serangan jantung, strok dan juga demensia seawal umur 50-an, jauh lebih awal daripada individu yang sihat.
"Ada pesakit seawal usia 30-an datang dengan strok atau masalah saraf, dan ketika itu baru diketahui mereka sudah lama menghidap diabetes jenis 2 yang tidak didiagnosis," katanya yang menolak tanggapan bahawa diabetes berpunca daripada gaya hidup semata-mata.
Dr Lim berkata, faktor genetik, gangguan hormon seperti sindrom Cushing's dan akromegali, atau penggunaan steroid jangka panjang juga boleh menjadi punca yang membawa kepada kenaikan berat badan dan rintangan insulin.
Diabetes juga boleh menjejaskan hormon seks dan kesuburan.
Beliau berkata, lelaki mungkin mengalami mati pucuk dan testosteron rendah, manakala wanita sering dikaitkan dengan masalah kesuburan seperti sindrom ovari polisistik (PCOS).
Melangkaui komplikasi fizikal, mengurus diabetes juga memberikan kesan kepada kesihatan mental.
Dalam 30 hingga 40 peratus pesakit mengalami kemurungan pada satu ketika dalam hidup.
"Pesakit diabetes memikul beban yang sangat berat, termasuk perubahan diet, gaya hidup, mengambil suntikan insulin berkala, mengurus hipoglisemia dan berdepan dengan stigma yang ada. Semua ini boleh menjadi sangat mencabar, jadi kita perlu memberikan sokongan lebih baik dan bukannya menghukum," katanya.
Beliau berkata, pradiabetes ialah satu tanda amaran bukannya label dan terdapat peluang untuk mengawalnya semula melalui penurunan berat badan, perubahan gaya hidup dan rawatan ubat kerana tempoh ini adalah penting untuk bertindak.
Dr Lim turut berkongsi kes seorang pesakit lelaki berusia 30-an yang dikesan menghidap diabetes jenis 2 dengan awal melalui saringan rutin dan berjaya meletakkan diabetes dalam keadaan remisi (pengurangan gejala sesuatu penyakit).
"Kes ini membuktikan betapa pentingnya intervensi awal. Ia bukan sahaja mengubah kehidupannya, tetapi juga mencegah komplikasi masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA