#DiariLockdown: Dr Noor Hisham diminta gesa kerajaan cepatkan proses PICK - Netizen

Asyraf Roslan
Jun 13, 2021 13:02 MYT
Ada yang menyuarakan pendapat untuk Dr Noor Hisham mengesa kerajaan mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). - Gambar fail
SETIAP hari sejak lebih setahun lalu, sudah menjadi rutin buat ramai rakyat Malaysia menanti pengumuman daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai perkembangan harian COVID-19.
Tidak kisahlah melalui sidang media atau kenyataan akhbar, mereka menunggu dengan penuh setia bagi mengetahui apakah perkembangan dan angka terkini kes jangkitan di negara ini.
Jika jumlah kes baharu dan kematian berkurangan, sudah pasti ia memberi khabar gembira buat rakyat Malaysia, namun jika sebaliknya ia menimbulkan kebimbangan, sehingga mencetuskan persoalan - bila negara ini akan bebas daripada virus maut itu.
Dalam #DiariLockdown kali ini, kami tanyakan kepada netizen apakah reaksi mereka setiap kali mendengar kemas kini daripada Dr Noor Hisham pada setiap petang.

#DiariLockdown/ Hari Ke-13 Setiap petang KP Kesihatan, @DGHisham akan mengumumkan perkembangan kes COVID-19 di negara kita,sama ada melalui sidang media mahu pun kenyataan akhbar. Apa reaksi anda semua setelah mengetahui angka-angka tersebut? Kongsikan dengan kami#AWANInews pic.twitter.com/fo4PLKDRhy

— Astro AWANI (@501Awani) June 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jika menjengah ke laman Twitter Astro AWANI, ada yang meminta Dr Noor Hisham mengesa kerajaan supaya mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Patutnya KP kena push kerajaan pusat percepatkan vaksinasi .Fasa 2 pon belum setel, mcm mana nak start fasa 3 .belum lagi plan nk vaksin untuk budak atas 12 tahun.lockdown hanya kurangkan kes sementara tp vaksin adalah longterm

— akmal fahmi (@akmal8458) June 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sepatutnya @DGHisham ketua pengarah push dekat kerajaan cepat vaksin https://t.co/LnYma3B9ZE

— fatimah abu bakar (@fatimah95150916) June 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di laman Facebook pula, kebanyakan mereka menyatakan rasa risau dan sedih setiap kali melihat kemas kini dilakukan.
Menurut pengguna media sosial, Nazariah Othman, sejujurnya dia berasa sedih dan takut untuk hidup dalam situasi yang melanda negara ketika ini.
"Rasa sedih la, kes tak turun, rasa takut pun ada untuk terus hidup macam ni. sampai bila," komennya di Facebook Astro AWANI.
Dalam nada yang sama, Azizah Mohd juga menyuarakan pendapat serupa apabila angka kes jangkitan yang dilihat semakin meningkat.
Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial, Hafiz Rosly SB amat berharap agar Ketua Pengarah Kesihatan itu mengumumkan Malaysia bebas sepenuhnya daripada pandemik durjana tersebut seterusnya membolehkan rakyat menjalani kehidupan yang normal.
"Kami nak dia kata "Ok kita bebas COVID-19 dan semua boleh hidup mcm biasa," katanya menantikan berita gembira tersebut.
Dalam pada itu, Wan Syazlin Linn berdoa supaya virus itu tidak menjangkiti keluarganya selain berharap menerima vaksin dengan segera.
"Harap-harap virus ini tidak menjangkiti keluarga, dan program vaksin dapat dicepatkan," katanya.
#Dr Noor Hisham Abdullah #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #COVID-19 #pandemik #rakyat Malaysia #media sosial #Diari Lockdown