#DiariLockdown: Masih ramai yang menanti tarikh janji temu vaksin COVID-19

Farhana Joni
Jun 22, 2021 13:17 MYT
Masih ramai yang menunggu dan perlu meneliti aplikasi MySejahtera setiap hari. - Gambar Astro AWANI
PROGRAM Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula sejak Februari lalu merupakan usaha kerajaan dalam mengekang jangkitan virus tersebut dalam kalangan rakyat.
Sumber Facebook astroawani
Sehingga lewat malam Isnin (21 Jun 2021), sebanyak 6,051,198 suntikan vaksin telah diberikan menerusi PICK.

#DiariLockdown/ Hari ke-22 Mesti ramai tak sabar menanti hari untuk divaksin, bagi yang belum dapat tarikh jangan lupa untuk sentiasa pantau MySejahtera anda. Bagi yang dah dapat, kongsilah pengalaman sebelum, ketika dan selepas anda menerima suntikan.#AWANInews pic.twitter.com/05FuLlpN9o

— Astro AWANI (@501Awani) June 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun jumlah penerima vaksin semakin meningkat setiap hari bagi membolehkan negara mencapai imuniti kelompok segera, namun masih ramai yang belum menerima tarikh janji temu dos pertama meskipun telah berbulan-bulan mendaftar di aplikasi MySejahtera.
Rata-rata netizen yang berdepan dengan situasi menunggu itu meluahkannya kepada #DiariLockdown hari ini.
Menurut Nasruddin Syah, menunggu tarikh jani temu di MySejahtera ibarat sebuah hubungan yang tiada kepastian.
Begitu juga, Wildgreen Channel yang telah mendaftar sejak Februari lalu tetapi masih belum dipanggil mendapatkan suntikan vaksin.
Dalam nada yang sama, Assid Diqy memberitahu, rutinnya adalah memeriksa aplikasi MySejahtera setiap hari sejak April lalu.
Bagi Gengz 1130 pula, dia hampir bosan menanti panggilan janji temu tersebut manakala Sivaraj pula mempersoalkan sampai bila mereka perlu menunggu.
Situasi yang sama berlaku terhadap beberapa lagi netizen.

@JKJAVMY Kamu ingat org tak ada kerja lain ke... setiap jam ke check mysej. Kata app 70 juta, takanlah notifications pun tak mampu nak buat.

— Vicky (@vvigna46) June 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang telah menerima vaksin memuji aturan pergerakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan petugas-petugas yang cukup sopan melayan orang ramai.
PICK bermula dengan fasa pertama membabitkan petugas hadapan diikuti fasa kedua pada 17 April khusus untuk golongan berusia 60 tahun ke atas.
#PICK #vaksin #COVID-19 #PPV #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #Pusat Pemberian Vaksin #MySejahtera #Diari Lockdown #Warga maya