LIFESTYLE

#DiariLockdown: Netizen imbau kenangan bersama bapa

Farhana Joni 20/06/2021 | 10:56 MYT
Bapa sentiasa menjadi hero dan cinta pertama anak-anak. - Gambar hiasan/ FREEPIK
KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Begitulah gambaran pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak.

Bersempena dengan sambutan Hari Bapa tahun ini, #DiariLockdown cuba mengimbau kembali kenangan netizen dengan bapa masing-masing.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rata-rata mereka berkongsi mengenai nasihat yang diberikan oleh bapa ketika kecil dan bersekolah.

Sumber Facebook astroawani

Seorang pengguna YouTube memberitahu, bapanya sering menasihatinya agar menjadi manusia yang memberi kebaikan kepada orang lain.

Pesanan ayah menjadi pedoman untuk meneruskan kehidupan


Mohd Nazri Razali pula berkata, atas didikan dan jasa ayahnya kini dia berjaya membesarkan 11 orang anak dengan sempurna.

Walaupun ayah telah meninggal dunia, didikan ayah terus digunakan sampai tua


Begitu juga dengan The Pipers yang berkongsi pesanan ayahnya supaya jangan sesekali menggadaikan barang jika tidak mempunyai wang.

Pesanan ayah supaya bekerja bagi mendapatkan wang, bukan menggadaikan harta sedia ada


Khaidi Ishak pula memberitahu, dia amat bersyukur dan berterima kasih dengan sikap ayahnya yang sangat tenang.

Sikap seorang ayah, tegas namun kekal tenang dalam mendidik anak-anak


Seorang lagi pengguna media sosial memberitahu, keunikan seorang bapa adalah membuat segalanya untuk anak tanpa mengharap sebarang balasan.

Keikhlasan bapa dalam membesarkan anak-anak cukup mengharukan


Bagi Haerisyaasri pula, dia berasa tenang apabila teringat kenangan mendengar ayahnya membaca ayat-ayat al-Quran.

Doa ayah sentiasa mengiringi anak-anak dari kecil hingga dewasa


Situasi yang sama kepada Arctic Folder yang mengimbas memori bersama ayahnya tanpa perlu banyak bicara.

Ayah sering meluahkan kasih sayang menerusi bahasa tubuh, bukan kata-kata


Seorang pengguna Facebook pula memberitahu, ayahnya kerap berpesan supaya sentiasa membawa pakaian bersih walaupun keluar sebentar bagi membolehkan solat dilakukan dengan sempurna.

Pesanan paling penting daripada ayah kepada anak adalah menjaga hubungan dengan Maha Pencipta


Dalam pada itu, ramai jua yang menyampaikan ucapan Hari Bapa kepada bapa masing-masing yang telah meninggal dunia.

Walaupun tidak mengenali bapa dari kecil, namun doa untuk arwah masih diberi


Pesanan arwah ayah ketika hidup akan dijadikan pegangan untuk menjalani masa depan


Kekuatan ayah dalam menempuh pelbagai ujian mengkagumkan anak-anak


Kerinduan seorang anak terhadap ayah yang telah meninggal dunia




#hari bapa #Diari Lockdown #Warga maya #Facebook #YouTube