[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
LIFESTYLE

#DiariLockdown: 'Periksa kereta anda, takut ada yang menumpang'

Asyraf Roslan 19/06/2021 | 12:27 MYT
Ada juga yang mengingatkan antara satu sama lain untuk memeriksa kereta agar tiada yang 'menumpang' kenderaan mereka. - Gambar hiasan
SUSULAN pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) hanya beberapa industri tertentu sahaja yang dibenarkan beroperasi.
Lebih-lebih lagi penambahan dua minggu lagi perintah ini membuatkan rakyat Malaysia terpaksa akur dengan keputusan tersebut demi mengurangkan penularan COVID-19 di Malaysia.
Tapi bagaimana jika ada barangan yang rosak dan perlu dibaiki?
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada di antara mereka yang bekongsi bahawa terpaksa bersabar atau jika mahu cepat mereka terpaksa ambil keputusan untuk cuba membaikinya sendiri.
Salah seorang pengguna media sosial di Youtube, @AimiMobile juga menyatakan pendapat yang sama mengenai perkara tersebut.
.
Ada juga yang berkongsi bahawa terpaksa reda kerana bateri kereta tidak berfungsi akibat lupa untuk memanaskan enjin kereta semasa PKP.
.
Pada masa sama, ada juga yang mengingatkan antara satu sama lain untuk memeriksa kereta agar tiada yang “menumpang” kenderaan mereka.
.
Apa-apa pun yang berlaku sentiasa periksa kenderaan anda, kalau tidak boleh menunggu ini mungkin masa yang sesuai untuk anda belajar kemahiran baharu.
Mana tahu ia juga akan menjadi satu pintu rezeki buat anda.
Sama-sama kita doakan agar Malaysia terus bangkit dan akan kembali kepada keadaan sedia ada.
#Diari Lockdown #perintah kawalan pergerakan #PKP #kereta rosak #barang elektronik #COVID-19