awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doa ketika beri duit raya, bersedekah

Keluarga
Keluarga
30/04/2022
03:00 MYT
Doa ketika beri duit raya, bersedekah
Memberi duit raya bukan kerana mahu Allah balas dengan rezeki yang lebih hebat tetapi mahu tambah tabungan untuk akhirat. - Gambar hiasan
PADA bulan yang mulia ini sudah tentu ada yang berniat untuk bersedekah kepada golongan yang kurang bernasib baik dan anak yatim.
Tiba 10 malam terakhir, ada sampai bergaduh, berebut untuk beri makan orang berbuka puasa.
Kanak-kanak pula tersenyum lebar kerana ramai yang mula beri duit raya. Mana yang ada dalam dompet dihulur.
Mahalnya ikhlas itu, buat kita betul-betul berada pada tahap reda, tak kisah makan dan pakai yang biasa-biasa asal dapat memberi.
Setiap kali memberi jangan lupa membaca doa ini:
Rabbana taqabbal minna innaka antas sami’ul alim.
Maksudnya:
”Wahai Tuhan kami, terimalah (amalan) kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Memberi bukan untuk menerima balik apa yang kita beri atau nak Allah balas dengan rezeki yang lebih hebat.
Ia seolah kita memberi hanya untuk sukses di dunia, sedangkan apa yang kita perlukan ialah tabungan untuk akhirat.
Terima sahaja apa yang Allah gantikan pada kita tanpa meletakkan syarat, kerana tidak ada yang miskin apabila banyak bersedekah, malah Allah limpahkan padanya rezeki yang berkat.
Apabila masuk tabung masjid, hulur duit raya, sedekah anak yatim, jamu asnaf buka puasa kemudian baca doa ini, ia menyedarkan kita bahawa tidak ada yang diharapkan selain Allah terima amalan ini.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
* Artikel asal disiarkan di Keluarga.
Topic Berkaitan
#duit raya
#doa
#sedekah
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan