[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
LIFESTYLE

Dota 2: Peminat pamer sokongan kepada pemain Malaysia di media sosial

Mariah Ahmad 27/07/2015 | 16:47 MYT
Sebelum ini Pasukan Fnatic pernah bertembung dengan pasukan Secret dalam Kejohanan ESL One di Frankfurt, Jerman. Fnatic tewas 2-0. Kini mereka bertemu semula dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan A dalam kejohanan TI5. - Foto Facebook Kyxy
Pasukan Fnatic yang terdiri daripada pemain-pemain Defence of The Ancient 2 (Dota 2) Malaysia bakal bertemu pasukan ranking pertama dunia, Secret pada awal pagi Selasa dalam Kejohanan The International 2015 (TI5).
Pertembungan yang dijangka sengit ini merupakan antara perlawanan yang dinantikan peminat tanah air permainan video dalam talian ini.
Ramai peminat menjangkakan perlawanan ini sedikit sukar bagi Fnatic namun selepas menjalani latihan khas di Sweeden bulan lepas, mereka mengharapkan Fnatic dapat melakukan yang terbaik untuk perlawanan nanti.
fnatic, dota, ti5
Antara komen-komen peminat Defence of The Ancient 2 (Dota 2) Malaysia di Facebook.
Peminat Fnatic meminta agar pasukan ini sentiasa bekerja keras memandangkan pasukan-pasukan di dalam Kumpulan A akan memberi laluan yang sukar kepada Fnatic untuk merangkul kejuaraan TI5.
fnatic, dota, ti5
Bagi Muhammad Syahir Yusof, memandangkan Fnatic dilihat sebagai sebuah kumpulan 'underdog' berbanding kumpulan Secret, ia akan memberi impak yang sangat mendalam kepada pasukan Secret jika mereka kalah kepada Fnatic.
fnatic, dota, ti5
Begitu juga di Twitter, peminat terus membanjiri garis masa dengan menyatakan sokongan penuh kepada pasukan Fnatic ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selain Secret, dan Fnatic, Kumpulan A turut disertai oleh LGD Gaming, compLexity Gaming, Invictus Gaming, Natus Vincere, dan Cloud9.
Dalam peringkat kumpulan ini tidak akan berlaku sebarang penyingkiran di mana setiap pasukan akan merebut kedudukan 'upper bracket' dalam acara utama.
'Upper bracket' ini akan diduduki empat pasukan teratas dalam setiap kumpulan di mana mereka akan mendapat kelebihan dengan meraih lebih 'nyawa' manakala empat pasukan terbawah akan bermain dalam lower bracket pada acara utama yang akan diadakan pada Ogos.
Setakat ini wang terkumpul kejohanan TI5 adalah sebanyak AS$17,534,899( RM 66,632,616) di mana kira-kira 36 peratus daripadanya adalah hadiah wang tunai bagi pasukan yang menduduki tempat pertama kejohanan ini iaitu sebanyak AS$6,312,564 (RM 23,987,743).
#Dota 2 #dota. the international #fnatic #TI #TI5