awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komuniti perundangan sokong kenaikan gaji hakim bagi perkukuh badan kehakiman
Pengakap Malaysia anjur program nasional dan antarabangsa pada 2026
Semangat kerjasama, kebersamaan bantu Malaysia mendepani pelbagai cabaran ekonomi - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

E-sukan buka banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda - Salleh

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
08/01/2018
11:22 MYT
E-sukan buka banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda - Salleh
Salleh berucap menyampaikan ucapan sebelum menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Malaysia Cyber Games 2018 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini. - BERNAMA
Industri e-sukan di negara ini dilihat berpotensi membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan anak muda, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Beliau berkata penganjuran kejohanan permainan video atas talian seperti Malaysia Cyber Games mampu mewujudkan peluang pekerjaan selain memberi pendedahan kepada anak-anak muda untuk mengelola acara-acara tersendiri.
"Kerajaan berperanan menentukan peluang-peluang pekerjaan dan ekonomi kepada rakyat di Malaysia, khususnya golongan muda, dan kami menyedari minat dan potensi mereka dalam industri e-sukan," katanya selepas merasmikan Pra Pelancaran Malaysia Cyber Games di sini, hari ini.
Malaysia Cyber Games yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Januari ini bakal disertai lebih 1,000 peserta yang berentap menerusi sembilan jenis permainan video popular di negara ini.
Antaranya Mobile Legends, Dota 2, CS:GO, Street Fighter V, Injustice 2, PlayerUnknown's Battlegrounds, Formula 1 2017, Tekken 7 dan FIFA 18.
Orang ramai menyaksikan Pusingan Akhir Kejohanan Dunia 'League of Legends 2017' antara Samsung Galaxy dan SK Telecom T1 di Stadium Nasional Beijing, China pada Nov 4, 2017. - REUTERS
Orang ramai menyaksikan Pusingan Akhir Kejohanan Dunia 'League of Legends 2017' antara Samsung Galaxy dan SK Telecom T1 di Stadium Nasional Beijing, China pada Nov 4, 2017. - REUTERS
Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM300,000.
Malaysia Cyber Games merupakan pertandingan secara dalam talian bertujuan menyemarakkan landskap industri kandungan dan teknologi kreatif di negara ini.
Menurut Salleh, tiket bagi penonton yang mahu menyertai kejohanan ini akan diberikan secara percuma.
Beliau juga berkata, selain menyediakan peluang pekerjaan, e-sukan juga dilihat sebagai satu platform yang dapat memperkukuhkan semangat perpaduan golongan anak muda yang berbilang masyarakat dan agama di negara ini.
Topic Berkaitan
#CS GO
#Dota 2
#e-sukan
#fifa 18
#Formula 1 2017
#Injustice 2
#Malaysia Cyber Games
#Mobile Legends
#PlayerUnknown's Battlegrounds
#Salleh Said Keruak
#Street Fighter 5
#Tekken 7
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan