awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Era pendigitalan: Kesedaran tentang nilai kemanusiaan perlu ditingkatkan - ICRC

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2020
13:06 MYT
Era pendigitalan: Kesedaran tentang nilai kemanusiaan perlu ditingkatkan - ICRC
Dalam melangkah ke era pendigitalan, Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam ICRC, Clara Chooi menyeru agar rakyat Malaysia menerapkan nilai kemanusiaan dalam segala kandungan digital yang dihasilkan.
KUALA LUMPUR:Tatkala kemudahan akses internet membuka peluang kepada penggunaan media sosial yang meluas, ia juga disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk menyebarkan maklumat yang salah dan berita palsu.
Justeru, dalam melangkah ke era pendigitalan, Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Clara Chooi menyeru agar rakyat Malaysia menerapkan nilai kemanusiaan dalam segala kandungan digital yang dihasilkan.
“Kita berharap semua, baik pengamal media mahupun pengguna media sosial, perlu peka terhadap kandungan yang dihasilkan.
“Sebelum memuat naik, berkongsi dan ‘like’ sebarang kandungan, kita perlu berhenti dan tanya diri sendiri sama ada kandungan itu akan mendatangkan kemudaratan kepada orang lain terumanya golongan rentan,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Dalam perkembangan yang berkaitan, selain semangat kemanusiaan, Clara juga menasihati wartawan dan pengamal media untuk mengamalkan nilai saksama dan tidak berat sebelah ketika membuat liputan dalam apa jua isu sekali pun.
“Prinsip-prinsip ini membimbing dan melindungi kesucian kerja kewartawanan, sama juga seperti kerja kemanusiaan.
“Selain itu, prinsip-prinsip ini juga memastikan kerja kita tidak akan mendatangkan bahaya kepada orang lain dan juga kepada diri kita sendiri,” katanya.
Pada Selasa, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) dan Astro AWANI LINC menzahirkan kerjasama dengan menganjurkan webinar “Telling (Human) Stories in times of Conflict & Crisis” bagi meningkatkan kesedaran berhubung Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ia juga turut bertujuan menggalakkan penghasilan kandungan yang memberi kesan positif terhadap nilai kemanusiaan.
Topic Berkaitan
#Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam
#Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah
#ICRC
#nilai kemanusiaan
#Clara Chooi
#media sosial
#Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
#UKKA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan