awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Festival Citrawarna Kampong Bharu tarik pelancong dekati nilai sejarah

Bernama
Bernama
29/12/2024
15:50 MYT
Festival Citrawarna Kampong Bharu tarik pelancong dekati nilai sejarah
Ahli Persatuan Reka Ulang Sejarah (PRUS) merakamkan momen di Pintasan Saloma pada majlis penutup Citrawarna Kampong Bharu sempena Ambang Sambutan Kampong Bharu ke-125 Tahun pada tahun hadapan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Festival Citrawarna Kampong Bharu yang julung kali diadakan sempena menyambut 125 tahun kawasan itu bertujuan meraikan dan mempromosi kampung berkenaan sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan nilai sejarah serta warisan Melayu.
Festival anjuran OMNI Holdings Sdn Bhd yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lepas itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran siar kaki sejarah Kampong Bharu, persembahan kebudayaan seni tradisional, dan pameran reka ulang sejarah.
Pengarah Urusan OMNI Holdings Sdn Bhd Omar Abbas berkata inisiatif itu bertujuan memperkukuh hubungan antara penduduk tempatan, agensi kerajaan dan komuniti setempat selain memperkenalkan Kampong Bharu sebagai destinasi pelancongan unik.
"Kampong Bharu ialah permata warisan perkampungan Melayu di tengah kota Kuala Lumpur. Selain memperkenalkan warisan kawasan ini, festival ini juga memberikan pengalaman kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk lebih mengenali keunikan Kampong Bharu.
"Pintasan Saloma yang digunakan ratusan pelancong setiap hari bukan sahaja berfungsi sebagai penghubung strategik tetapi juga menjadi platform berpotensi untuk dimanfaatkan bagi tarikan pelancongan," katanya kepada pemberita pada majlis penutup Festival Citrawarna Kampong Bharu Di Ambang 125 Tahun di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar Kampong Bharu dijadikan sebagai produk pelancongan dengan konsep "setiap kampung satu produk", memandangkan kawasan berkenaan mempunyai tujuh kampung yang berpotensi untuk dibangunkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#festival citrawarna
#Kampong Bharu
#pelancongan
#sejarah
#warisan Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan